Posts

Showing posts from December, 2012

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM AGAMA LAIN: LARANGAN NAS AL-QUR’AN DAN HADIS ATAU SEBAB MASLAHAH UMUM?

Isu penggunaan kalimah Allah merupakan isu asas yang paling besar dalam agama Islam. Dalam setiap agama, tonggak yang paling besar ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan yang hendak disembah. Al-Qur’an telahpun menjelaskan bahawa terdapat perbezaan antara akidah Islam dengan ajaran anutan agama-agama lain. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “ Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku ” (Surah al-Kafirun, 109:8). Maksudnya, Islam dengan Islam Allahnya, manakala Kristian dengan Tuhan Jesus , Lord atau God nya. Dalam Islam, akidah tauhid yakni mengesakan Allah s.w.t. itu adalah sangat penting. Malahan sudah menjadi salah satu daripada amalan hidup Islam, Allah s.w.t. itu sentiasa ada bersama-sama dengan orang beriman pada setiap masa dan sentiasa diucapkan-Nya. Misalnya, ketika hendak makan, minum, berjalan, menaiki kenderaan, tidur dan masuk serta keluar tandas diucapkan basmalah ; bayi yang baru lahir ke dunia juga disambut dengan azan dan kalimah Allah, malah orang ya

BH: MOHON PERTOLONGAN HANYA DARIPADA ALLAH

Image
Berita Harian, 25 Disember 2012 (Selasa)

BH: IBADAH BANGUNKAN ROHANI, JASMANI

Image
Berita Harian, 13 Disember 2012

SQ2012 DI PERMAI HOTEL, KUALA TERENGGANU

Image
Ketika saya berada di Kuala Terengganu pada 1 dan 2 Disember 2012 baru-baru ini, Alhamdulillah saya telah menghadiri International Seminar on al-Qur’an in Contemporary Society (SQ2012) . Seminar ini dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Kuala Terengganu, Terengganu dengan kerjasama Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), bertempat di Permai Hotel, Kuala Terenggau, Terengganu. Dalam seminar ini, saya telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Andaian Sumber Alam Terhad Dalam Teori Pembangunan Lazim: Analisis Berdasarkan Tasawur Al-Qur’an . Penulisan kertas kerja ini adalah bertitik tolak daripada andaian teori-teori pembangunan lazim yang beracuankan Falsafah Pasca-Klasikal dan Radikal bahawa sumber alam (SA) itu adalah terhad, manakala kemahuan manusia tidak terhad. Berdasarkan kepada isu inilah maka kertas kerja ini bertujuan mengkaji dan menganalisis SA berdasarkan tasawur atau pandangan al-Qur’an. Akhi