Posts

Showing posts from January, 2013

KULIAH SUBUH: TIGA SUMPAH RASULULLAH SAW

Alhamdulillah, pagi tadi (Ahad, 27 Januari 2013) saya telah berkesempatan berkongsi sedikit ilmu yang ada dengan ahli-ahli Qariah Masjid Al-Amin, Sungai Dua, Kepala Batas menerusi slot Kuliah Subuh. Dalam Kuliah Subuh kali ini, saya telah menyampaikan sebuah Hadith Rasulullah SAW yang membicarakan tentang “Tiga Sumpah Rasulullah SAW”. Hadith ini bukan setakat membicarakan tentang tiga sumpah Rasulullah SAW, malah turut juga membincangkan tentang “Empat Jenis Golongan Manusia yang Mendiami Bumi”. Pada awal Hadith ini, Nabi SAW bersumpah dengan tiga perkara. Pertama, harta tidak susut atau berkurang dengan sedekah; kedua, Allah SWT akan mengangkat darjat orang yang dizalimi dengan syarat ia menghadapinya dengan penuh kesabaran; dan ketiga, Allah SWT akan membuka ‘pintu kefakiran’ kepada orang yang suka membuka ‘pintu masalah’. Dalam bahagian kedua Hadith ini pula, Nabi SAW menceritakan tentang empat jenis golongan manusia yang mendiami bumi. Pertama, manusia yang berilmu dan

MAJALAH DAKWAH: PENCORAKAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN TASAWUR ISLAM

Image
Majalah Dakwah, Jan-Feb. 2013, hlm. 61-63 SESUATU pembangunan yang muncul sudah tentu ia dicorak berasaskan kepada acuannya yang tersendiri. Misalnya, dalam teori pembangunan lazim, pembangunan dikatakan muncul hanya dari dua acuan falsafah. Pertama, falsafah pasca-klasikal, manakala kedua, falsafah radikal. Adapun pembangunan berteraskan Islam pula, ia dicorak berasaskan acuan tasawur Islam.  Tasawur Islam yang dimaksudkan di sini ialah gambaran komprehensif dan hakiki mengenai Islam. Ia bertujuan menjelaskan prinsip-prinsip asas Islam secara benar dan menyeluruh, sehingga menjadi asas kepada pandangan hidup dan bersebati dalam diri orang yang benar-benar memahaminya.  Umumnya, al-Quran secara langsung dan tidak langsung telah menggambarkan tentang terdapatnya tiga pokok utama tasawur Islam ini. Pertama, Allah s.w.t sebagai Pencipta; kedua, manusia sebagai makhluk; dan ketiga, alam semesta juga sebagai makhluk. Jadi setiap orang yang mendapat gambaran bentuk

BH: PANDANGAN MENGENAI TASAWUR ISLAM

Image
Berita Harian, Selasa, 22 Januari 2013, hlm. 35 Pandangan Mengenai Tasawur Islam Pembentukan tasawur Islam bermula daripada penerimaan dan penyebaran wahyu Allah SWT oleh Rasulullah SAW di Mekah. Setiap kali Rasulullah SAW menerima wahyu berupa ayat-ayat al-Qur’an, Baginda menyebarkan dan menjelaskannya kepada umat Islam ketika itu. Sebenarnya perkara ini lebih jelas dilihat daripada proses pembentukan perkara-perkara pokok yang merupakan bahagian terpenting dalam tasawur Islam. Perkara-perkara pokok itu ialah akidah, ibadah dan akhlak. Perbincangan tentang proses pembentukan elemen-elemen pokok yang membawa kepada pembentukan tasawur Islam ini sebenarnya telah memakan masa yang agak lama. Ertinya, hal ini bermula daripada peranan Rasulullah SAW menyebarkan dan menjelaskan wahyu itu. Sebenarnya era Mekah merupakan era yang sangat penting berhubung pembentukan tasawur Islam ini. Tambahan pula kebanyakan surah dalam al-Qur’an diturunkan di Mekah. Men

BH-ISLAM UBAH TASAWUR MASYARAKAT JAHILIAH

Image
Berita Harian, 7 Januari 2013, hlm. 32 Islam Ubah Tasawur Masyarakat Jahiliah Pembentukan tasawur Islam bermula daripada penerimaan dan penyebaran wahyu Allah SWT oleh Rasulullah SAW di Mekah. Setiap kali Rasulullah SAW menerima wahyu berupa ayat-ayat al-Qur’an, Baginda menyebarkan dan menjelaskannya kepada umat Islam ketika itu. Sebenarnya perkara ini lebih jelas dilihat daripada proses pembentukan perkara-perkara pokok yang merupakan bahagian terpenting dalam tasawur Islam. Perkara-perkara pokok itu ialah akidah, ibadah dan akhlak. Perbincangan tentang proses pembentukan elemen-elemen pokok yang membawa kepada pembentukan tasawur Islam ini sebenarnya telah memakan masa yang agak lama. Ertinya, hal ini bermula daripada peranan Rasulullah SAW menyebarkan dan menjelaskan wahyu itu. Sebenarnya era Mekah merupakan era yang sangat penting berhubung pembentukan tasawur Islam ini. Tambahan pula kebanyakan surah dalam al-Qur’an diturunkan di Mekah. Menurut Muhammad Sayyi

BH: PENTING MENJAGA HATI

Image
Berita Harian, 2 Januari 2013, hlm. 33