Posts

Showing posts from March, 2013

KULIAH SUBUH: 7 WASIAT RASULULLAH (SIRI 2)

Untuk kuliah Subuh bulan ini (Mac), perbincangan tertumpu kepada sambungan Hadith yang disampaikan pada bulan lepas iaitu Hadith Rasulullah SAW yang membicarakan 7 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Zar al-Ghifari. Pada bulan lalu (Februari), kuliah ini hanya sempat membincangkan wasiat pertama Rasulullah SAW iaitu pesanan supaya kita mengasihi dan mendekati golongan miskin. Pada bulan ini pula, perbincangan diteruskan dengan enam wasiat Rasulullah SAW yang lain, iaitu wasiat kedua, pesanan supaya melihat kepada golongan yang berada lebih rendah daripada kita dalam soal mencari kemewahan dunia (dalam soal ibadah dan perkara-perkara kebaikan kita dikehendaki melihat kepada golongan yang lebih tinggi daripada kita seperti para Nabi, pada sahabat, alim ulama dan sebagainya); wasiat ketiga, pesanan supaya sentiasa menjaga hubungan silaturrahim meskipun orang yang kita hendaklah jalinkan hubungan silaturrahim dengan mereka itu sentiasa berlaku kasar kepada kita); wasiat keempat, p