Posts

Showing posts from April, 2013

PENDEKATAN ISLAMISASI PEMBANGUNAN VS PENDEKATAN PEMBUNGKIHAN AKAR UMBI

Image
Hotel Madani, Medan, Tempat Berlangsungnya ICID-5 Dalam International Conference on Islamic Development ke-VI (ICID -5 ) anjuran Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) Medan, dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang , pada 23 April 201 3 , di Hotel Madani, Medan , Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini, saya diizin Allah SWT untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk Islamisasi Pembangunan di Malaysia: Kes Pendekatan Islam Hadhari . Sebenarnya, kertas kerja ini bertujuan meneliti dan mengkaji proses Islamisasi pembangunan di Malaysia dengan memfokuskan pendekatan Islam Hadhari. Islam Hadhari di sini merupakan satu pendekatan untuk membangunkan tamadun dan peradaban umat yang berteraskan syariat dan landasan Islam . Ia diperkenalkan oleh Abdullah Ahmad Badawi (Tun) semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia kelima. Persoalannya, apaka

PERKONGSIAN ILMU AL-QUR'AN DALAM WORKSHOP ANTARABANGSA PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM KE-6 (WAPI-6)

Image
Para Pembentang dari ISDEV-USM Dalam Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam ( WAPI-6 ) anjuran Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) Medan, dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang , pada 22 April 201 3 , di Kampus Kedokteran UMSU , Medan , Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini, saya diizin Allah SWT untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk pola tasawur pembangunan dalam al-Qur'an. Sebenarnya, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis ayat-ayat al-Qur’an berkaitan tasawur pembangunan. Tasawur pembangunan yang dimaksudkan di sini ialah gambaran komprehensif dan hakiki mengenai pembangunan berteraskan Islam (PBI). Ia bertujuan menjelaskan ciri-ciri konsepnya secara benar dan menyeluruh sehingga menjadi asas kepada segala aktiviti pembangunan dalam kehidupan manusia. Dalam al-Qur’an, ayat-ayat berkaitan tasawur pem

SEKITAR MAJLIS MALAM GRADUASI MISDEV11

Image
Pada hari Jumaat (12 April 2013) yang lalu, ISDEV menganjurkan Majlis Malam Graduasi MISDEV11 bertempat di Dewan Utama Pelajar, Kompleks Tekun, Universiti Sains Malaysia (USM). Kali ini, Majlis dikendalikan oleh Ahli Bersekutu ISDEV (ABI) yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Syakir Mohd Rosdi dengan kerjasama pelajar MISDEV12 yang diketuai oleh Saudara Mohd Syahmir Alias. Majlis yang diadakan setiap tahun sempena Majlis Konvokesyen USM ini paling mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, untuk meraikan dua pelajar Ijazah Doktor Falsafah iaitu Dr. Heri Kusmanto dari Universitas Medan Area (UMA), Medan, Indonesia dan Dr. Marlina Ekawaty, Universitas Malang, Indonesia); kedua, untuk meraikan seramai 18 pelajar Mod Campuran (MISDEV11); dan ketiga, untuk meraikan ibu bapa dan kaum keluarga pelajar yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Seperti biasa, Majlis ini dimulakan dengan Solat Maghrib secara berjemaah dan kemudiannya disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz