Posts

Showing posts from May, 2013

MAJALAH DAKWAH: FALSAFAH KEPIMPINAN BERTERASKAN ISLAM

Image
Artikel ini membincangkan falsafah atau acuan kepimpinan Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin. Jika disoroti sejarah kepimpinan Rasulullah s.a.w dan para sahabat itu, didapati falsafah atau acuan kepimpinan mereka adalah berteraskan tauhid atau keesaan Allah s.w.t. Oleh sebab itu, tidak timbul sebarang masalah pada peringkat operasional kepimpinan mereka. Misalnya, tidak timbul masalah-masalah seperti mengejar kedudukan, pangkat, semata-mata mencari kekayaan yang berlipat ganda, pecah amanah, ketidakadilan, rasuah, penipuan, penindasan dan sebagainya. Hal ini berbeza pula dengan imej kepimpinan masa kini. Lazimnya ia sering dijadikan platform untuk mencari kedudukan, pangkat, kesenangan dan kekayaan. Kadangkala seseorang pemimpin itu dilihat seolah-olah dialah yang paling berkuasa dan mampu mengatur serta melakukan segala-galanya. [ Untuk perbincangan lanjut, lihat Majalah Dakwah, 18 Mei-Jun 2013, hlm. 24-27 ].

MISI ANKARA, TURKI TAMAT

Image
Gambar bersama Prof. Halil Rahman Acar (dua dari kiri) InsyaAllah pagi esok (8 Mei 2013) saya akan berlepas pulang ke tanahair tercinta. Pada hari terakhir saya di Turki (7 Mei 2013), iaitu pada sebelah pagi saya mengambil peluang bertemu dan berbual-bual dengan Prof. Halil Rahman Acar ( seorang yang 'workaholic' ) tentang perjalanan Simposium yang dianjurkan itu. Menurut beliau, untuk menghimpun para pembentang dari seluruh dunia bukanlah satu kerja yang mudah. Perancangan tentangnya telah dibuat sekian lama iaitu lebih kurang setahun yang lalu. Menurut beliau lagi, paling tidak terdapat tiga sebab timbulnya idea untuk mengadakan Simposium yang bertemakan "Qur'anic Worldview". Pertama, pihak Research Institute for Philosophical Foundation of Disciplines mahu tasawur yang dikatakan tasawur Islam itu dibina berasaskan sumber yang paling utama iaitu al-Qur'an. Tidak wajar tasawur itu dikatakan tasawur Islam jika ia hanya berasaskan akal dan logik semata-ma

JAWLAH (LAWATAN) SEKITAR BANDAR ANKARA, TURKI

Image
Setelah tiga hari penuh (3-5 Mei) para peserta/pembentang 1st International Syamposium on Rethinking the Qur'an berkampung di Gur Kent Hotel, pada hari ini (6 Mei 2013) penganjur membawa kami  bersiar-siar di sekitar Ankara. Dua buah bas disediakan oleh penganjur bagi tujuan tersebut. Sebenarnya Ankara agak berbeza dengan Istanbul. Ankara ialah pusat pentadbiran Kerajaan Turki, manakala Istanbul lebih dikenali sebagai tempat pelancongan. Oleh itu, Ankara tidak mempunyai banyak tempat menarik seperti di Istanbul. Jadi para peserta/pembentang hanya dibawa bersiar-siar melihat keindahan Bandar Ankara yang bersih dan tersusun. Menariknya, bentuk muka bumi Bandar Ankara ini adalah berbukit-bukau. Di lereng-lereng bukit penuh dengan kediaman penduduk di sini (Ankara). Di Hadapan Gur Kent Hotel, Tempat Simposium Diadakan Salah Sebuah Bas yang Disediakan Penganjur Perjalanan Bermula Di Hadapan Bangunan Parlimen Kerjaan Turki Kawasan Riadah Terbesar dan Tercantik