Posts

Showing posts from October, 2013

MENCARI DAN MENDEDAH KEAIBAN ORANG PERBUATAN ORANG MUNAFIK

Memalukan seseorang dengan mencari dan mendedahkan keaibannya di mata masyarakat merupakan perbuatan mazmumah (keji). Sebenarnya soal mencari dan mendedahkan keaiban orang lain ini sangat dipandang berat oleh Islam. Islam melarang umatnya daripada mencari-cari keaiban orang lain dan mendedahkannya dengan sesuka hati. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “ Sesungguhnya orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian) .” (Surah al-Nur, 24:19) Atas dasar inilah, maka dikehendaki setiap orang menyimpan rahsia atau menutup kebaiban saudaranya. Lebih-lebih lagi jika ia hanya semata-mata prasangka atau tuduhan buruk yang tidak berasas. Hal ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dan perselisihan, yang akibatnya amat berat ditanggung oleh orang itu sendiri dan ju