Posts

Showing posts from March, 2014

GOLONGAN ANTI HADITH SELEWENGKAN TAFSIRAN AL-QUR'AN

Anti Hadith merupakan antara ajaran sesat yang menular dalam masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Hadith ini semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang mendukung kepercayaan dan kefahaman mereka di samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel dan seminar yang berkaitan. Fahaman sebegini juga pernah muncul di beberapa buah negara lain seperti Indonesia, Singapura, India, Pakistan, Iran, dan negara Arab. Sebenarnya, ulama Islam seperti Ibn Hazm pada abad 4-5 H dan beberapa ulama pada zaman moden seperti Muhammad al-Ghazali dan Yusuf al-Qardawi pernah membincangkan tentang fahaman ini. Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber epistemologi Islam selepas al-Qur’an. Penghujahan golongan yang berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai kitab yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber perundangan Islam. Untuk menguatkan hujah mereka, beberapa ayat al-Qur’an cu