Posts

KULIAH SUBUH: 7 WASIAT RASULULLAH (SIRI 1)

Seperti biasa, setiap Ahad hujung bulan saya dijemput menyampaikan Kuliah Subuh di Masjid Al-Amin, Sungai Dua, Kepala Batas. Alhamdulillah, pagi tadi (24 Februari 2013) saya telah diizinkan oleh Allah SWT untuk berkongsi ilmu dengan ahli-ahli Qariah Masjid Al-Amin tersebut. Dalam Kuliah Subuh kali ini, saya telah menyampaikan sebuah Hadith Rasulullah SAW yang membicarakan tentang “7 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Zar al-Ghifari”. Meskipun Hadith ini membincangkan tentang 7 wasiat Rasulullah SAW kepada Abu Zar al-Ghifari, namun ia bukan hanya khusus kepada Abu Zar al-Ghifari, malah untuk semua umat Islam. Untuk kuliah bulan ini, perbincangan tertumpu kepada biodata Abu Zar al-Ghifari dan wasiat pertama Rasulullah SAW iaitu perintah supaya mencintai ( hubb ) orang miskin dan sentiasa mendekati mereka. Maksudnya, Islam menganjurkan umatnya berlaku tawadhu ‘ terhadap orang-orang miskin; duduk bersama-sama mereka; menolong mereka; menyelami bebanan yang mereka tanggung dan bersab...

BH: UTAMAKAN PEMIMPIN DIYAKINI RAKYAT

Image
Berita Harian, Rabu, 20 Februari 2013, hlm. 34 Dalam kerancakan pemimpin parti-parti politik berkempen dan berceramah untuk menarik lebih ramai penyokong, kadangkala dilihat cara mereka berkempen itu sudah melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh Islam. Mereka sering menggunakan pendekatan mendedahkan segala kelemahan dan keburukan orang lain, tanpa cuba menonjolkan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki. Oleh kerana terlalu ingin mencapai kemenangan, mereka bertindak mencanang dan menyebarkan kelemahan dan keburukan orang lain tanpa menghiraukan sama ada perkara yang disebarkan itu benar atau tidak. Lebih mendukacitakan lagi apabila ia melibatkan perihal peribadi individu-individu tertentu. Sebenarnya, penggunaan pendekatan sebegini dalam berkempen terutamanya oleh pemimpin-pemimpin yang beragama Islam amat merbahaya. Pemimpin yang menang dengan cara sebegini bukan menang kerana kekuatan dan kelebihanya, tetapi menang disebabkan ramai orang termakan ...

SAMBUTAN VALENTINE’S DAY BUKAN DARI BUDAYA ISLAM

Image
Budaya menurut Kamus Dewan diertikan sebagai tamadun, peradaban dan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara berfikir, berkelakuan dan cara bertindak serta segala hasil kegiatan atau amalan kerohanian sesuatu masyarakat.   Islam menggalakkan umatnya berbudaya kerana akal yang ada pada manusia menjadikannya makhluk yang bertamadun dan berperadaban. Dalam hal ini, Islam telah menggariskan prinsip-prinsip kebudayaannya yang tersendiri sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Maka dengan itu akan lahirlah budaya hidup masyarakat Islam yang hakiki berteraskan iman dan takwa. Hal ini sama sekali berbeza dengan kebudayaan bukan Islam yang prinsip-prinsipnya dibentuk, dibina dan dikembang oleh pemikiran manusia berdasarkan hawa nafsu dan pengalaman hidup mereka semata-mata. Sebenarnya golongan yang tidak senang dengan Islam cuba merosakkan budaya dan peradaban umat Islam dengan berbagai-bagai cara. Mereka berusaha melalaikan umat Islam dengan pelbagai bentu...

KULIAH SUBUH: TIGA SUMPAH RASULULLAH SAW

Alhamdulillah, pagi tadi (Ahad, 27 Januari 2013) saya telah berkesempatan berkongsi sedikit ilmu yang ada dengan ahli-ahli Qariah Masjid Al-Amin, Sungai Dua, Kepala Batas menerusi slot Kuliah Subuh. Dalam Kuliah Subuh kali ini, saya telah menyampaikan sebuah Hadith Rasulullah SAW yang membicarakan tentang “Tiga Sumpah Rasulullah SAW”. Hadith ini bukan setakat membicarakan tentang tiga sumpah Rasulullah SAW, malah turut juga membincangkan tentang “Empat Jenis Golongan Manusia yang Mendiami Bumi”. Pada awal Hadith ini, Nabi SAW bersumpah dengan tiga perkara. Pertama, harta tidak susut atau berkurang dengan sedekah; kedua, Allah SWT akan mengangkat darjat orang yang dizalimi dengan syarat ia menghadapinya dengan penuh kesabaran; dan ketiga, Allah SWT akan membuka ‘pintu kefakiran’ kepada orang yang suka membuka ‘pintu masalah’. Dalam bahagian kedua Hadith ini pula, Nabi SAW menceritakan tentang empat jenis golongan manusia yang mendiami bumi. Pertama, manusia yang berilmu dan ...

MAJALAH DAKWAH: PENCORAKAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN TASAWUR ISLAM

Image
Majalah Dakwah, Jan-Feb. 2013, hlm. 61-63 SESUATU pembangunan yang muncul sudah tentu ia dicorak berasaskan kepada acuannya yang tersendiri. Misalnya, dalam teori pembangunan lazim, pembangunan dikatakan muncul hanya dari dua acuan falsafah. Pertama, falsafah pasca-klasikal, manakala kedua, falsafah radikal. Adapun pembangunan berteraskan Islam pula, ia dicorak berasaskan acuan tasawur Islam.  Tasawur Islam yang dimaksudkan di sini ialah gambaran komprehensif dan hakiki mengenai Islam. Ia bertujuan menjelaskan prinsip-prinsip asas Islam secara benar dan menyeluruh, sehingga menjadi asas kepada pandangan hidup dan bersebati dalam diri orang yang benar-benar memahaminya.  Umumnya, al-Quran secara langsung dan tidak langsung telah menggambarkan tentang terdapatnya tiga pokok utama tasawur Islam ini. Pertama, Allah s.w.t sebagai Pencipta; kedua, manusia sebagai makhluk; dan ketiga, alam semesta juga sebagai makhluk. Jadi setiap orang yang mendapat gambar...