Posts

Showing posts from June, 2012

PENULISAN AHLI-AHLI ISDEV DALAM "MILENIA MUSLIM" JULAI 2012

Image
Terdapat dua buah artikel Ahli ISDEV dalam Majalah Milenia Muslim keluaran Julai 2012. Pertama, artikel bertajuk "Satu Tulisan Ramai Pengarang" oleh Profesor Muhammad Syukri Salleh, Pengarah ISDEV; dan kedua, artikel bertajuk "Berjanji Biarlah Berpada" oleh saya sendiri.

JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI JILID 4

Image
137-158 Pola Kajian Tafsir Al-Mawdu‘iy di Malaysia Makalah ini bertujuan meneliti pola kajian tafsir al-mawdu‘iy (tematik) yang dilakukan di institusi-institusi pengajian tinggi Islam awam terpilih di Malaysia. Pola di sini merujuk kepada bentuk, isu dan tema kajian tafsir al-mawdu‘iy . Di Malaysia, kajian tentang al- Quran secara tafsir al-mawdu‘iy ini merupakan suatu perkara baru. Ia bermula sekitar awal tahun 1990-an. Selain itu, pengkajiannya pula dilakukan dalam pelbagai bentuk, isu dan tema. Persoalannya, apakah bentuk-bentuk kajian tafsir al-mawdu‘iy di Malaysia ini? Adakah ia selari dengan bentuk-bentuk kajian tafsir al-mawdu‘iy yang tersedia ada? Apakah pula isu-isu dan tema-tema yang dikaji? Makalah ini cuba menjawab ketiga-tiga persoalan ini dengan memfokuskan perbincangan kepada dua perkara berikut. Pertama, mengenal pasti konsep tafsir al-mawdu‘iy menurut pandangan ulama tafsir. Kedua, mengenal pasti dan menganalisis bentuk-bentuk, isu-isu dan tema-tema kajian ...

BUKU "PRINSIP DAN MASYARAKAT ISLAM"

Image
Buku Prinsip dan Masyarakat Islam ( Principles and Society of Islam )  ini membincangkan tentang empat perkara, yakni tentang al-Qur’an, prinsip asas Islam, kekeluargaan Islam dan kemasyarakatan Islam. Al-Qur’an dibincangkan kerana ia merupakan sumber rujukan utama orang‐orang Islam. Prinsip asasi Islam dibincang kerana ia merupakan tapak kepada tatacara kehidupan orang‐orang Islam. Kekeluargaan dan kemasyarakatan Islam dibincang kerana kedua‐duanya merupakan dua institusi utama Islam. Dilihat secara keseluruhannya, buku ini sebenarnya membincangkan tentang sumber, tapak dan institusi Islam. Ketiga‐tiganya merupakan elemen penting dalam pembangunan berteraskan Islam. ISBN: 1120000021156

BUKU "DI SEBALIK DIRI"

Image
Buku ini menyentuh tentang sifat-sifat baik dan buruk di dalam diri manusia yang turut disebutkan di dalam al-Qur'an dan Hadis. Sifat-sifat inilah yang mencorakkan manusia khususnya dan mewarnai kehidupan umumnya. Melalui buku ini, kita akan dapat membuat perbandingan di antara sifat-sifat yang sepatutnya wujud dan dipupuk di dalam diri kita dengan sifat-sifat yang kita amalkan dalam kehidupan harian. Akhirnya kita akan lebih mengenali siapa diri kita sekaligus melahirkan insan baru dengan peribadi yang lebih baik. Semoga buku ini akan memberikan manfaat dansinar baru di dalam diri kita. Mudah-mudahan setiap perbuatan yang baik itu akan mendapat pandangan yang baik juga dari Allah SWT. ISBN : 978-983-43575-2-8