Posts

Showing posts from November, 2012

BUKU: ETIKA KERJA DALAM AL-QUR'AN

Image

PROGRAM PEMBANGUNAN INSANIAH MISDEV11

Alhamulillah Pelajar MISDEV11 yang diketuai oleh Saudara Wafdi Auni telah berjaya menganjurkan Program Pembangunan Insaniah pada 16 hingga 18 November 2012 baru-baru ini. Program tiga hari dua malam ini diadakan di KEDA Resort, Bendang Man, Sik dengan jumlah peserta seramai 40 orang termasuk tiga orang pensyarah pengiring (Prof. Muhammad Syukri Salleh, Dr. Zakaria Bahari dan Dr. Mohd Shukri Hanapi) dan 5 orang Felo ASTS (Ustaz Shahir Akram Hassan, Ustaz Syakir Mohd Rosdi, Us tazah Azrin Ibrahim, Wan Norhaniza Wan Hasan dan Puan Azreen Hamiza) . Sebenarnya program ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi keperluan kursus SVW502, SXW502, SYW502 dan SZW502.  Dengan berasaskan kepada tema The Journey of a Caliph: Revolution From Within pada pelajar telah melaksanakan beberapa aktiviti yang berbentuk praktikal seperti latihan menyampaikan Khutbah Jumaat, tazkirah, berdebat, pengurusan jenazah, sembelihan , dan jungle tracking di Huta n Simpan Lata Mengkuang , Sik , Kedah. Di samping ak

BERITA "SEPETANG BERSAMA PENULIS" DALAM MILENIA MUSLIM KELUARAN NOVEMBER

Image

SEKITAR PERBINCANGAN KEDUA KOLABORASI PENYELIDIKAN

Image
Selain menghadiri 2 nd Conference International SOASCIS selama tiga hari iaitu bermula dari 5-7 November 2012 di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya melalui Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) mengadakan perbincangan koloborasi penyelidikan dengan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies ( SOASCIS)-UBD pada 7 November 2012 (1.30-2.30 petang) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 8 November 2012 (9.30-11.30 pagi). Antara rasional dan kepentingan diadakan koloborasi penyelidikan antara ISDEV-USM dengan dua buah universiti di Brunei Darussalam tersebut adalah untuk menggabungkan kepakaran penyelidikan; bertukar-tukar pengetahuan dan perkaedahan penyelidikan; berkongsi penemuan penyelidikan untuk manfaat bersama; dan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim. Perbincangan antara ISDEV-USM dengan kedua-dua buah universiti tersebut bukanlah pertama kali. Sebenarnya ia adalah lanjutan daripada per

4 AHLI ISDEV DI 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE SOASCIS, UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM (UBD) 5-7 NOVEMBER 2012

Image
Pada 5 hingga 7 November 2012, 4 orang ahli ISDEV iaitu Profesor Muhammad Syukri Salleh (Pengarah ISDEV), Dr. Zakaria Bahari (Timbalan Pengarah ISDEV), Wan Norhaniza Wan Hasan (Felo ASTS ISDEV) dan saya sendiri telah menghadiri dan membentangkan kerja kerja di 2nd International Conference Sultan Omar 'Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies (SOASCIS) , Universiti Brunei Darussalam (UBD). Konferensi ini bertemakan Transmiting Spiritual and Moral Values Across Generations in the 21st Century: The Challenge to Muslim Education . Keempat-empat ahli ISDEV ini masing-masing membentangkan kertas kerja yang bertajuk Human Account in Development Studies: An Islamic Analysis (Profesor Muhammad Syukri Salleh), From Jahiliyyah to Islamic Worldview: In Search of an Islamic Educational Philosophy (saya sendiri), Education Indicators in Development Index: An Analysis from the Perspectives of Islamic-Based Development (Wan Norhaniza Wan Hasan) dan Teaching of Islamic Economics: An Analys