Posts

Showing posts from 2014

ULASAN BUKU "TASAWUR ISLAM DAN PEMBANGUNAN" DALAM MAJALAH DEWAN MASYARAKAT KELUARAN DISEMBER 2014

Image

ANAK ‘ISTIMEWA’ ANUGERAH ALLAH UNTUK IBU BAPA ISTIMEWA

Image
Anak merupakan hadiah dan amanah Allah SWT kepada setiap pasangan suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Boleh dikatakan setiap suami isteri ingin memiliki cahayamata hasil daripada perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun tidak semua suami isteri itu memperoleh hadiah Allah SWT ini. Bagi suami isteri yang dihadiahkan anak oleh Allah SWT, mereka hendaklah menerima hadiah Allah SWT tersebut dengan penuh rasa bertanggungjawab dan beramanah. Hal ini tidak kira sama ada anak yang diperoleh itu adalah anak yang sempurna ataupun anak yang digolongkan dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Kehidupan suami isteri yang dianugerahkan anak yang sempurna adalah berbeza dengan kehidupan suami isteri yang dianugerahkan anak OKU. Ujian suami isteri yang dikurniakan anak sempurna lebih ringan berbanding pasangan suami isteri yang dianugerahkan anak OKU. Kehidupan mereka sudah tentu penuh dengan ujian dan dugaan hidup yang pelbagai ragam. Dalam hal ini. mereka perlu sabar

JUDI ROSAKKAN JIWA, TERDEDAH PERBUATAN SYIRIK

Image
Menjelang Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung, dibimbangi ejen-ejen judi bola kembali aktif membuat pertaruhan judi bola. Mereka menjanjikan habuan dan keuntungan yang cukup lumayan demi menarik minat ramai orang. Dengan bermatlamatkan mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda itu, ia menyebabkan seseorang itu lupa atau sengaja melupai perkara yang ditegah syarak.  Dalam al-Quran jelas larangan berjudi. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menilik nasib dengan batang anak panah adalah semuanya kotor, keji daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah, ayat ke-90).   Di sini jelas Allah SWT melabelkan judi sebagai sesuatu yang kotor, keji dan jijik. Ia sedikit pun tidak mendatangkan kebaikan, bahkan akan mengotorkan roh dan jasad serta merosakkan perangai mahupun budi pekerti seseorang. Bagi menjelaskan lagi betapa keji dan kotorny

MARKAH KERJA KURSUS SVW501 (MISDEV13)

BIL KP KOD GRED 1 880229086112 SVW501 A 2 901211075714 SVW501 A- 3 890705085946 SVW501 A 4 900420085332 SVW501 A 5 891101135732 SVW501 A 6 890827075164 SVW501 A 7 900731085284 SVW501 A 8 890519035830 SVW501 A 9 890415145672 SVW501 A 10 890331035484 SVW501 A

GOLONGAN ANTI HADITH SELEWENGKAN TAFSIRAN AL-QUR'AN

Anti Hadith merupakan antara ajaran sesat yang menular dalam masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Hadith ini semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang mendukung kepercayaan dan kefahaman mereka di samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel dan seminar yang berkaitan. Fahaman sebegini juga pernah muncul di beberapa buah negara lain seperti Indonesia, Singapura, India, Pakistan, Iran, dan negara Arab. Sebenarnya, ulama Islam seperti Ibn Hazm pada abad 4-5 H dan beberapa ulama pada zaman moden seperti Muhammad al-Ghazali dan Yusuf al-Qardawi pernah membincangkan tentang fahaman ini. Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber epistemologi Islam selepas al-Qur’an. Penghujahan golongan yang berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai kitab yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber perundangan Islam. Untuk menguatkan hujah mereka, beberapa ayat al-Qur’an cu

EPISTEMOLOGI ISLAM MEMBENTUK TASAWUR SESEORANG INSAN

Tasawur Islam itu lahir dan terbentuk atas asas tertentu. Ia dihubungkan dengan teori atau asal usul ilmu Islam yang disebut epistemologi Islam. Sebenarnya, epistemologi ini berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu episteme dan logos . Episteme bermaksud knowledge atau ilmu pengetahuan. Manakala logos pula bermaksud teori atau kajian. Sebenarnya epistemologi membincangkan secara mendalam tentang proses-proses yang membawa kepada penambahan ilmu pengetahuan. Perkara ini disebut juga sebagai nazariyyah al-ma‘rifa h (teori ilmu). Meskipun begitu, penggunaan istilah nazariyyah al-ma‘rifah ini sebenarnya masih belum begitu luas atau diterima secara universal lagi dalam dunia Islam. Selain digunakan oleh Mutahhari menerusi karyanya The Theory of Knowledge an Islamic Perspective (karya asal Mas’aleh-ye Sbinakbt ), ia juga digunakan oleh beberapa penulis lain seperti Jawad Amuli menerusi karyanya Nazariyyah al-Ma‘rifah ; Ja‘far Subhani menerusi karyanya Nazariyyah al-Ma