Posts

Showing posts from February, 2014

EPISTEMOLOGI ISLAM MEMBENTUK TASAWUR SESEORANG INSAN

Tasawur Islam itu lahir dan terbentuk atas asas tertentu. Ia dihubungkan dengan teori atau asal usul ilmu Islam yang disebut epistemologi Islam. Sebenarnya, epistemologi ini berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu episteme dan logos . Episteme bermaksud knowledge atau ilmu pengetahuan. Manakala logos pula bermaksud teori atau kajian. Sebenarnya epistemologi membincangkan secara mendalam tentang proses-proses yang membawa kepada penambahan ilmu pengetahuan. Perkara ini disebut juga sebagai nazariyyah al-ma‘rifa h (teori ilmu). Meskipun begitu, penggunaan istilah nazariyyah al-ma‘rifah ini sebenarnya masih belum begitu luas atau diterima secara universal lagi dalam dunia Islam. Selain digunakan oleh Mutahhari menerusi karyanya The Theory of Knowledge an Islamic Perspective (karya asal Mas’aleh-ye Sbinakbt ), ia juga digunakan oleh beberapa penulis lain seperti Jawad Amuli menerusi karyanya Nazariyyah al-Ma‘rifah ; Ja‘far Subhani menerusi karyanya Nazariyyah al-Ma