Posts

Showing posts from May, 2013

MAJALAH DAKWAH: FALSAFAH KEPIMPINAN BERTERASKAN ISLAM

Image

MISI ANKARA, TURKI TAMAT

Image
InsyaAllah pagi esok (8 Mei 2013) saya akan berlepas pulang ke tanahair tercinta. Pada hari terakhir saya di Turki (7 Mei 2013), iaitu pada sebelah pagi saya mengambil peluang bertemu dan berbual-bual dengan Prof. Halil Rahman Acar (seorang yang 'workaholic') tentang perjalanan Simposium yang dianjurkan itu. Menurut beliau, untuk menghimpun para pembentang dari seluruh dunia bukanlah satu kerja yang mudah. Perancangan tentangnya telah dibuat sekian lama iaitu lebih kurang setahun yang lalu. Menurut beliau lagi, paling tidak terdapat tiga sebab timbulnya idea untuk mengadakan Simposium yang bertemakan "Qur'anic Worldview". Pertama, pihak Research Institute for Philosophical Foundation of Disciplines mahu tasawur yang dikatakan tasawur Islam itu dibina berasaskan sumber yang paling utama iaitu al-Qur'an. Tidak wajar tasawur itu dikatakan tasawur Islam jika ia hanya berasaskan akal dan logik semata-mata; kedua, persoalan "Quranic Worldview" merupakan s…

JAWLAH (LAWATAN) SEKITAR BANDAR ANKARA, TURKI

Image

FISRT INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON RETHINKING THE QURAN

Image
Bermula pada 2 hingga 8 Mei 2013 saya diizinkan oleh Allah SWT untuk menyertai dan membentangkan kertas kerja di 1st International Symposium on Rethinking the Qur'an. Simposium ini dianjurkan oleh Research Institute for Philosophical Foundation of Disciplines bertempat di Gur Kent Hotel, Ankara, Turki. Ia bertemakan "Quranic Worldview". Selain pembentangan kertas kerja, semua pembentang/peserta dibawa melawat sekitar Ankara pada 6 Mei 2013. Semua peserta yang hadir ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.
Para peserta Simposium ini terdiri daripada ahli-ahli akademik dari pelbagai negara. Antaranya Lubnan, Mesir, Gambia, Palestin, Arab Saudi (Mekah & Madinah), Yaman, Jazair, Iran, Iraq, Pakistan, Bangladesh, Canada, USA, Australia, Cape Town, Azerbaijan, Belanda, Chittagong, Scotland, dan Malaysia.  
Simposium ini turut disertai oleh beberapa tokoh akademik dunia seperti Prof. Andrew Rippin dari University of Victoria, Canada; Prof. Ziauddin Sardar dari London dan P…