Alhamulillah Pelajar MISDEV11 yang diketuai oleh Saudara Wafdi Auni telah berjaya menganjurkan Program Pembangunan Insaniah pada 16 hingga 18 November 2012 baru-baru ini. Program tiga hari dua malam ini diadakan di KEDA Resort, Bendang Man, Sik dengan jumlah peserta seramai 40 orang termasuk tiga orang pensyarah pengiring (Prof. Muhammad Syukri Salleh, Dr. Zakaria Bahari dan Dr. Mohd Shukri Hanapi) dan 5 orang Felo ASTS (Ustaz Shahir Akram Hassan, Ustaz Syakir Mohd Rosdi, Us tazah Azrin Ibrahim, Wan Norhaniza Wan Hasan dan Puan Azreen Hamiza) . Sebenarnya program ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi keperluan kursus SVW502, SXW502, SYW502 dan SZW502. Dengan berasaskan kepada tema The Journey of a Caliph: Revolution From Within pada pelajar telah melaksanakan beberapa aktiviti yang berbentuk praktikal seperti latihan menyampaikan Khutbah Jumaat, tazkirah, berdebat, pengurusan jenazah, sembelihan , dan jungle tracking di Huta n Simpan Lata Mengkuang , Sik , Kedah. Di sampin...