SEKITAR PERBINCANGAN KEDUA KOLABORASI PENYELIDIKAN
Selain
menghadiri 2nd Conference International SOASCIS selama tiga
hari iaitu bermula dari 5-7 November 2012 di Universiti Brunei Darussalam
(UBD), Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya melalui Pusat Kajian
Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) mengadakan perbincangan koloborasi
penyelidikan dengan Sultan
Omar ‘Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies (SOASCIS)-UBD pada 7 November 2012 (1.30-2.30 petang) dan Universiti
Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 8 November 2012 (9.30-11.30 pagi).
Antara
rasional dan kepentingan diadakan koloborasi penyelidikan antara ISDEV-USM
dengan dua buah universiti di Brunei Darussalam tersebut adalah untuk
menggabungkan kepakaran penyelidikan; bertukar-tukar pengetahuan dan
perkaedahan penyelidikan; berkongsi penemuan penyelidikan untuk manfaat
bersama; dan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim.
Perbincangan
antara ISDEV-USM dengan kedua-dua buah universiti tersebut bukanlah pertama
kali. Sebenarnya ia adalah lanjutan daripada perbincangan pertama yang diadakan
pada bulan Jun 2012 yang lalu. InsyaAllah koloborasi penyelidikan ini hampir
direalisasikan. Antara bidang yang dicadangkan akan dikaji secara bersama ialah
Hisbah dan Etika dalam Pembangunan Berteraskan Islam (ISDEV-USM dengan
SOASCIS-UBD); Politik Pembangunan Berteraskan Islam di Brunei dan Malaysia
(ISDEV-USM dengan UNISSA); dan Pembangunan Wakaf Melalui Istibdal di
Brunei dan Malaysia: Satu Kajian Futuristik (ISDEV-USM dengan UNISSA).
Perbincangan Koloborasi Penyelidikan Antara ISDEV-USM dengan UNISSA yang Dipengerusikan Oleh Dr. Abdul Nasir Abdul Rani (Timbalan Rektor UNISSA) |
Kumpulan Penyelidik ISDEV-USM dan UNISSA |
Makan Tengahari Bersama Tuan Haji Rafi (Pensyarah Akademi Pengajian Brunei) di Jerudong |