ANAK ‘ISTIMEWA’ ANUGERAH ALLAH UNTUK IBU BAPA ISTIMEWA
Anak merupakan hadiah dan amanah Allah SWT kepada setiap pasangan suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Boleh dikatakan setiap suami isteri ingin memiliki cahayamata hasil daripada perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun tidak semua suami isteri itu memperoleh hadiah Allah SWT ini. Bagi suami isteri yang dihadiahkan anak oleh Allah SWT, mereka hendaklah menerima hadiah Allah SWT tersebut dengan penuh rasa bertanggungjawab dan beramanah. Hal ini tidak kira sama ada anak yang diperoleh itu adalah anak yang sempurna ataupun anak yang digolongkan dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Kehidupan suami isteri yang dianugerahkan anak yang sempurna adalah berbeza dengan kehidupan suami isteri yang dianugerahkan anak OKU. Ujian suami isteri yang dikurniakan anak sempurna lebih ringan berbanding pasangan suami isteri yang dianugerahkan anak OKU. Kehidupan mereka sudah tentu penuh dengan ujian dan dugaan hidup yang pelbagai ragam. Dalam hal ini. mereka perlu sabar...