HILANGNYA SEORANG 'AYAH'
Tanggal 18 Februari 2015, saya telah kehilangan seorang insan yang bagaikan seorang ayah iaitu Tuan Haji Abdul Aziz Tahar (selepas ni diringkaskan kepada Haji Aziz). Beliau telah bersama wajib dari perkhidmatan seorang Perangkawan. Teringat lagi kata-kata Haji Aziz (dalam keadaan berseloroh) “Jangan pisahkan antara perkataan ‘perang’ dengan ‘kawan’ tu. Nanti jadi makna lain pulak”. Kata-kata lain "muda-muda dulu handsome saya ni" dan kata-kata "mana aku taaaahu". Hah, ada lagi "RBR". Walaupun usia perkenalan saya dengan Haji Aziz tak lama iaitu lebih kurang hampir 3 tahun, tapi hubungan tu bagaikan lebih lama dari itu. Lebih-lebih lagi kami masing-masing dikurniakan anak istimewa. Pengalaman Hj Aziz dalam mendidik anak istimewa sering dikongsikan bersama saya. Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari nasihat Haji Aziz. Di awal coretan ini, kenapa saya nyatakan Haji Aziz bagaikan seorang ‘ayah’? Ada beberapa sebab yang mendorong saya berk...