HILANGNYA SEORANG 'AYAH'
Tanggal 18 Februari 2015, saya telah
kehilangan seorang insan yang bagaikan seorang ayah iaitu Tuan Haji Abdul Aziz
Tahar (selepas ni diringkaskan kepada Haji Aziz). Beliau telah bersama wajib
dari perkhidmatan seorang Perangkawan. Teringat lagi kata-kata Haji Aziz (dalam
keadaan berseloroh) “Jangan pisahkan antara perkataan ‘perang’ dengan ‘kawan’
tu. Nanti jadi makna lain pulak”. Kata-kata lain "muda-muda dulu handsome saya ni" dan kata-kata "mana aku taaaahu". Hah, ada lagi "RBR".
Walaupun usia perkenalan saya dengan Haji
Aziz tak lama iaitu lebih kurang hampir 3 tahun, tapi hubungan tu bagaikan
lebih lama dari itu. Lebih-lebih lagi kami masing-masing dikurniakan anak
istimewa. Pengalaman Hj Aziz dalam mendidik anak istimewa sering dikongsikan
bersama saya. Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari nasihat Haji Aziz.
Di awal coretan ini, kenapa saya nyatakan
Haji Aziz bagaikan seorang ‘ayah’? Ada beberapa sebab yang mendorong saya
berkata begitu. Antaranya, beliau seorang yang suka menegur saya berdepan (face
to face / f2f) jika saya ada buat salah. Walau ditegur, cara teguran beliau
pula tidak bersifat ingin memalukan orang. Beliau orang yang bukan bercakap
untuk cari aib orang. Biasanya saya ditegur ketika saya menemani beliau ‘perasap
nyamuk’ atau ketika di bilik beliau. Hal ini membuatkan saya lebih hormati
beliau.
Selain itu, kami bagaikan anak beranak
apabila bersependapat dalam sesuatu hal dan kadangkala berbeza pendapat dalam
sesuatu hal yang lain. Kalau gaduh pun, saya yang sering marah beliau. Namun
sifat seorang ayah Haji Aziz jelas terpamer apabila beliau datang cari saya
untuk berkata “Jangan lah marah saya, saya orang tua dah. Kalau lawan pun saya
kalah sebab dah tua”. Dengan kata yang sebegitu, suasana kembali harmoni dengan
gelak tawa.
Seperkara yang tak mungkin saya lupakan
sampai bila-bila bila timbulnya isu ‘September 13’. Isu ‘September 13’
hampir memusnah hubungan guru murid (nak kata musnah terus pun ok jugak) dan hubungan sesama rakan. Kepada ‘orang’
yang dianggap ‘Hero & Heroin’ tu yang masih bebas di sana, nikmatilah
kebebasan dunia yang seketika ini. Carilah sebanyak mana bukti pun bersama
hasutan syaitan tu. Ngadulah setinggi Gunung Everest pun. Jika Allah tak
izinkan saya rebah, saya tetap berdiri. Kita sama-sama akan mati. Cuma belum
tahu siapa mendahului siapa. Di akhirat biar Allah hitungkan dan Allah adili.
Manusia memang susah berlaku adil. Bila percaya sahaja pada seseorang tu,
perkara yang ‘busuk’ pun tetap dikatakan ‘wangi’. Saksi-saksi kes hebat-hebat,
yang memang dikenali latar belakangnya yang ‘sikit-sikit’ mengadu. Kesiannya,
bila mengadu ‘penipu’ pulak. Ada juga saksi yang ‘pakaian’ tak ikut syariat pun
(ketat macam pocong) turut diterima. Banyak lagilah tentang isu ‘September 13’
ni. Semua lucu-lucu sehinggakan boleh dijadikan modal untuk Maharaja Lawak Mega
(MLM). Mesti ‘tertiarap kumpulan-kumpulan lain’. Bukan apa, lucu sangat manusia
yang bertopeng iblis bersandiwara. Rosakkan kereta, ganggu ‘girl’ pakai cadar
dan pakai macam pocong, sms di bawah bayangan syaitan, meresap ke alam cyber
mantan Pak Tabligh, tak solat berjemaah tanda dosa dan salah, sumpah dan
lain-lain. Nasib baik tak sampai disungai bulohkan saya (lawak). Penamat kisah
ni dan lagi-lagi kalau timbul (ada lah juga timbul ada dua insan yang masih
hasut orang dengan menceritakan keburukan orang), moga mereka mendapat balasan
azab yang setimpal di akhirat kelak. Mereka juga akan susah sebagaimana mereka
susahkan orang.
Balik ke kisah bersama Haji Aziz, punya lah
respeknya saya ke Haji Aziz ni, walau pun beliau tidak sebelahi sesiapa pun,
tapi kata-kata nasihat beliau boleh meredakan kemarahan yang membuak-buak dan
terjerit-jerit tu. Cukup berhikmah dan berlemah-lembut. Kenapa dalam dunia
ramai yang tak berani beri nasihat dan bersemuka jika betul, tetapi berani
tembak sana-sini untuk cari populariti. Buat Haji Aziz, terima kasih banyak
atas bantuan dan nasihat. Moga-moga jasa baik Haji Aziz Allah balas dengan
balasan yang baik-baik. Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan dan limpahkanlah
rezeki untuk insan yang bernama Haji Abdul Aziz Tahar ini. Beliau banyak buat
kebaikan kepada orang, kebaikan jugalah patut dibalas kepadanya.
Banyak lagi sebenarnya, tapi cukup dulu untuk
pagi ni, InsyaAllah pada masa-masa akan datang, jika diizinkan Allah saya
sambung lagi.