Posts

Showing posts from 2013

MEMORI PERIBADI 2013

Image
Ankara, Turki Paris Rome, Itali Perkampungan Ban Nua, Hatyai, Thailand Universitas Padjadjaran, Bandung Penghargaan dari Yayasan Nurul Yaqeen Untuk Finalis Anugerah Tesis Terbaik

MAJALAH DIAN BIL. 18: AL-QUR'AN TERAS PERPADUAN UMMAH

Image

MENCARI DAN MENDEDAH KEAIBAN ORANG PERBUATAN ORANG MUNAFIK

Memalukan seseorang dengan mencari dan mendedahkan keaibannya di mata masyarakat merupakan perbuatan mazmumah (keji). Sebenarnya soal mencari dan mendedahkan keaiban orang lain ini sangat dipandang berat oleh Islam. Islam melarang umatnya daripada mencari-cari keaiban orang lain dan mendedahkannya dengan sesuka hati. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “ Sesungguhnya orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian) .” (Surah al-Nur, 24:19) Atas dasar inilah, maka dikehendaki setiap orang menyimpan rahsia atau menutup kebaiban saudaranya. Lebih-lebih lagi jika ia hanya semata-mata prasangka atau tuduhan buruk yang tidak berasas. Hal ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dan perselisihan, yang akibatnya amat berat ditanggung oleh orang itu sendiri dan ju...

MAKLUMAT UNTUK PENGGUNA iPHONE

Image

MAJALAH DAKWAH: ETIKA PENGGUNAAN INTERNET BERTERASKAN ISLAM

Image
Komunikasi merupakan salah satu dari aspek terpenting dalam kehidupan manusia. Melalui komunikasi, sesuatu mesej, berita atau maklumat dapat disebarkan atau disampaikan. Kini, komunikasi bukan sahaja berlaku secara lisan, malah ia boleh juga berlaku melalui penggunaan internet. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi arus perdana menjadikannya sebagai satu wasilah dalam penyebaran maklumat. Penggunaan teknologi internet menerusi world wide web (www) dan komponennya seperti blog , e-mel , facebook , twitter dan IRC memudahkan seseorang pengguna untuk berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Ia dapat dilakukan dengan cepat dan pantas serta menjimatkan masa dan wang. Penciptaan alat komunikasi melalui internet ini mempunyai banyak faedah jika ia digunakan dengan baik dan betul. Para pengguna sendiri perlu beretika, berdisiplin, mematuhi peraturan dan bertanggungjawab agar kemajuan itu tidak disalahgunakan, terutamanya untuk m...

ISDEV NEWS: ISDEV DELEGATES FACILITATE WORKSHOP IN BRUNEI DARUSSALAM

Image
Dr Hajah Masnon, Ra'es KUPU SB, presenting a gift to Prof. Syukri at the Worskhop's Dinner 16 July - ISDEV Director, Prof. Muhammad Syukri Salleh and ISDEV lecturer, Ustaz Dr. Mohd. Shukri Hanapi were recently invited by the Kolej Universiti Perguruan Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam in the capacity as facilitators for a workshop on Quality Assurance of Academic Management. A presentation simply from the heart by Prof Syukri The workshop was held at Mangrove Paradise Resort, Bandar Seri Begawan for three days from 4, 6 and 7 July 2013. The main objective of this workshop was to improve the understanding and management of the administration and management of KUPU SB highest academic administrators workforce so as to ensure quality and high standards of teaching and learning at KUPU SB simultaneously positioning KUPU SB as a more competitive educational institution globally in preparation of facing intense competition of the regional and in...

MAJALAH DAKWAH: FALSAFAH KEPIMPINAN BERTERASKAN ISLAM

Image
Artikel ini membincangkan falsafah atau acuan kepimpinan Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin. Jika disoroti sejarah kepimpinan Rasulullah s.a.w dan para sahabat itu, didapati falsafah atau acuan kepimpinan mereka adalah berteraskan tauhid atau keesaan Allah s.w.t. Oleh sebab itu, tidak timbul sebarang masalah pada peringkat operasional kepimpinan mereka. Misalnya, tidak timbul masalah-masalah seperti mengejar kedudukan, pangkat, semata-mata mencari kekayaan yang berlipat ganda, pecah amanah, ketidakadilan, rasuah, penipuan, penindasan dan sebagainya. Hal ini berbeza pula dengan imej kepimpinan masa kini. Lazimnya ia sering dijadikan platform untuk mencari kedudukan, pangkat, kesenangan dan kekayaan. Kadangkala seseorang pemimpin itu dilihat seolah-olah dialah yang paling berkuasa dan mampu mengatur serta melakukan segala-galanya. [ Untuk perbincangan lanjut, lihat Majalah Dakwah, 18 Mei-Jun 2013, hlm. 24-27 ].