Posts

Showing posts from 2012

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM AGAMA LAIN: LARANGAN NAS AL-QUR’AN DAN HADIS ATAU SEBAB MASLAHAH UMUM?

Isu penggunaan kalimah Allah merupakan isu asas yang paling besar dalam agama Islam. Dalam setiap agama, tonggak yang paling besar ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan yang hendak disembah. Al-Qur’an telahpun menjelaskan bahawa terdapat perbezaan antara akidah Islam dengan ajaran anutan agama-agama lain. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “ Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku ” (Surah al-Kafirun, 109:8). Maksudnya, Islam dengan Islam Allahnya, manakala Kristian dengan Tuhan Jesus , Lord atau God nya. Dalam Islam, akidah tauhid yakni mengesakan Allah s.w.t. itu adalah sangat penting. Malahan sudah menjadi salah satu daripada amalan hidup Islam, Allah s.w.t. itu sentiasa ada bersama-sama dengan orang beriman pada setiap masa dan sentiasa diucapkan-Nya. Misalnya, ketika hendak makan, minum, berjalan, menaiki kenderaan, tidur dan masuk serta keluar tandas diucapkan basmalah ; bayi yang baru lahir ke dunia juga disambut dengan azan dan kalimah Allah, malah orang ya...

BH: MOHON PERTOLONGAN HANYA DARIPADA ALLAH

Image
Berita Harian, 25 Disember 2012 (Selasa)

BH: IBADAH BANGUNKAN ROHANI, JASMANI

Image
Berita Harian, 13 Disember 2012

SQ2012 DI PERMAI HOTEL, KUALA TERENGGANU

Image
Ketika saya berada di Kuala Terengganu pada 1 dan 2 Disember 2012 baru-baru ini, Alhamdulillah saya telah menghadiri International Seminar on al-Qur’an in Contemporary Society (SQ2012) . Seminar ini dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Kuala Terengganu, Terengganu dengan kerjasama Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), bertempat di Permai Hotel, Kuala Terenggau, Terengganu. Dalam seminar ini, saya telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Andaian Sumber Alam Terhad Dalam Teori Pembangunan Lazim: Analisis Berdasarkan Tasawur Al-Qur’an . Penulisan kertas kerja ini adalah bertitik tolak daripada andaian teori-teori pembangunan lazim yang beracuankan Falsafah Pasca-Klasikal dan Radikal bahawa sumber alam (SA) itu adalah terhad, manakala kemahuan manusia tidak terhad. Berdasarkan kepada isu inilah maka kertas kerja ini bertujuan mengkaji dan menganalisis SA berdasarkan tasawur atau pandangan al-Qur’an. Akhi...

BUKU: ETIKA KERJA DALAM AL-QUR'AN

Image

PROGRAM PEMBANGUNAN INSANIAH MISDEV11

Alhamulillah Pelajar MISDEV11 yang diketuai oleh Saudara Wafdi Auni telah berjaya menganjurkan Program Pembangunan Insaniah pada 16 hingga 18 November 2012 baru-baru ini. Program tiga hari dua malam ini diadakan di KEDA Resort, Bendang Man, Sik dengan jumlah peserta seramai 40 orang termasuk tiga orang pensyarah pengiring (Prof. Muhammad Syukri Salleh, Dr. Zakaria Bahari dan Dr. Mohd Shukri Hanapi) dan 5 orang Felo ASTS (Ustaz Shahir Akram Hassan, Ustaz Syakir Mohd Rosdi, Us tazah Azrin Ibrahim, Wan Norhaniza Wan Hasan dan Puan Azreen Hamiza) . Sebenarnya program ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi keperluan kursus SVW502, SXW502, SYW502 dan SZW502.  Dengan berasaskan kepada tema The Journey of a Caliph: Revolution From Within pada pelajar telah melaksanakan beberapa aktiviti yang berbentuk praktikal seperti latihan menyampaikan Khutbah Jumaat, tazkirah, berdebat, pengurusan jenazah, sembelihan , dan jungle tracking di Huta n Simpan Lata Mengkuang , Sik , Kedah. Di sampin...

BERITA "SEPETANG BERSAMA PENULIS" DALAM MILENIA MUSLIM KELUARAN NOVEMBER

Image

SEKITAR PERBINCANGAN KEDUA KOLABORASI PENYELIDIKAN

Image
Selain menghadiri 2 nd Conference International SOASCIS selama tiga hari iaitu bermula dari 5-7 November 2012 di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya melalui Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) mengadakan perbincangan koloborasi penyelidikan dengan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies ( SOASCIS)-UBD pada 7 November 2012 (1.30-2.30 petang) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 8 November 2012 (9.30-11.30 pagi). Antara rasional dan kepentingan diadakan koloborasi penyelidikan antara ISDEV-USM dengan dua buah universiti di Brunei Darussalam tersebut adalah untuk menggabungkan kepakaran penyelidikan; bertukar-tukar pengetahuan dan perkaedahan penyelidikan; berkongsi penemuan penyelidikan untuk manfaat bersama; dan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim. Perbincangan antara ISDEV-USM dengan kedua-dua buah universiti tersebut bukanlah pertama kali. Sebenarnya ia adalah lanjutan daripada per...