[1] ISDEV DAN KAEDAH PENDIDIKAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM: SATU PENGENALAN
ISDEV Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam ( Centre for Islamic Development Management Studies , ISDEV) terletak di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1995 dengan nama International Project on Islamic Political Economy (IPIPE). Idea penubuhannya dicetuskan oleh Profesor Muhammad Syukri Salleh yang berjuang memperkenalkan ilmu Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) di tengah-tengah perkembangan ilmu pembangunan lazim seperti kapitalisme, sosialisme dan Marxisme. Kemudiannya pada tahun 1997 IPIPE ditukar nama menjadi Projek Pengurusan Pembangunan Islam ( Islamic Development Management Project , IDMP). Oleh kerana IDMP (ketika itu) aktif menganjurkan program-program akademik, seperti penawaran dan pengajaran kursus-kursus berkaitan bidang Pengurusan Pembangunan Islam; menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa; menganjurkan wacana...