Mohd Shukri
Hanapi (2015). “Pembangunan Beracuankan Tasawur Islam”, Dewan Tamadun Islam, Jun, Bil. 06, ISSN 2289-2893. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hlm. 58-61.
Anti Hadith merupakan antara ajaran sesat yang menular dalam masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Hadith ini semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang mendukung kepercayaan dan kefahaman mereka di samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel dan seminar yang berkaitan. Fahaman sebegini juga pernah muncul di beberapa buah negara lain seperti Indonesia, Singapura, India, Pakistan, Iran, dan negara Arab. Sebenarnya, ulama Islam seperti Ibn Hazm pada abad 4-5 H dan beberapa ulama pada zaman moden seperti Muhammad al-Ghazali dan Yusuf al-Qardawi pernah membincangkan tentang fahaman ini. Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber epistemologi Islam selepas al-Qur’an. Penghujahan golongan yang berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai kitab yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber perundangan Islam. Untuk menguatkan hujah mereka, beberapa ayat al-Qur’an cu...
Anak merupakan hadiah dan amanah Allah SWT kepada setiap pasangan suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Boleh dikatakan setiap suami isteri ingin memiliki cahayamata hasil daripada perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun tidak semua suami isteri itu memperoleh hadiah Allah SWT ini. Bagi suami isteri yang dihadiahkan anak oleh Allah SWT, mereka hendaklah menerima hadiah Allah SWT tersebut dengan penuh rasa bertanggungjawab dan beramanah. Hal ini tidak kira sama ada anak yang diperoleh itu adalah anak yang sempurna ataupun anak yang digolongkan dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Kehidupan suami isteri yang dianugerahkan anak yang sempurna adalah berbeza dengan kehidupan suami isteri yang dianugerahkan anak OKU. Ujian suami isteri yang dikurniakan anak sempurna lebih ringan berbanding pasangan suami isteri yang dianugerahkan anak OKU. Kehidupan mereka sudah tentu penuh dengan ujian dan dugaan hidup yang pelbagai ragam. Dalam hal ini. mereka perlu sabar...