SEKUMPULAN penulis dari Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu Ustaz Mohd Syakir Mohd Rosdi, Ustaz Shahir Akram Hassan, Saudari Lenny Luat, Saudari Nur Inani Ismail dan saya sendiri (tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ialah Profesor Muhammad Syukri Salleh, Kolumnis Al-Qawwarah dan Ustazah Azrin Ibrahim, penulis) yang menjadi antara penyumbang artikel untuk Majalah Milenia Muslim (MM) keluaran MMP Communications Sdn. Bhd. telah menghadiri Majlis Sepetang Bersama Penulis petang tadi (Sabtu, 6 Oktober 2012, jam 3 hingga 6 petang), bertempat di Best Western Premier Dua Sentral Hotel, Kuala Lumpur. Setakat ini, seramai tujuh orang daripada Ahli ISDEV yang menulis dalam Majalah MM (seorang kolumnis dan enam orang penulis/penyumbang). Alhamdulillah, menurut En. Roslie Zakarya, ISDEV adalah antara penyumbang terbanyak artikel untuk Majalah MM. Majlis anjuran MM Communications Sdn. Bhd. adalah bertujuan mempe...