SEDIKIT PERKONGSIAN PANDANGAN DALAM HARIAN METRO

FILEM dari Barat dikagumi kerana menggunakan teknologi serta kesan khas paling maju dalam setiap pembikinan filem mereka. Namun hakikatnya mereka mahukan filem itu dapat menyampaikan identiti budaya Barat yang gemar memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja harta. Tidak mustahil, semua itu akan menyebabkan identiti dan kekuatan umat Islam semakin lemah. Filem Barat juga sering menonjolkan imej Islam sebagai pengganas sehingga ramai ‘termakan’ dengan propaganda jahat itu. Justeru, bagi menangkis serangan Barat secara berterusan itu, umat Islam perlu melakukan sesuatu supaya imej Islam kembali diperbetulkan, bukan sebagai pengganas sebaliknya penerang seluruh alam. Filem adalah medium paling efektif dalam usaha mendakwah kepada bukan Islam kerana ia lebih dekat kepada masyarakat dan dapat dipersembahkan secara realiti.


Harian Metro, Jumaat (4 Oktober 2012), Variasi Ad-Din

Popular posts from this blog

GOLONGAN ANTI HADITH SELEWENGKAN TAFSIRAN AL-QUR'AN

ANAK ‘ISTIMEWA’ ANUGERAH ALLAH UNTUK IBU BAPA ISTIMEWA