SEKITAR MAJLIS SEPETANG BERSAMA PENULIS ANJURAN MMP COMMUNICATIONS SDN. BHD.

SEKUMPULAN penulis dari Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu Ustaz Mohd Syakir Mohd Rosdi, Ustaz Shahir Akram Hassan, Saudari Lenny Luat, Saudari Nur Inani Ismail dan saya sendiri (tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ialah Profesor Muhammad Syukri Salleh, Kolumnis Al-Qawwarah dan Ustazah Azrin Ibrahim, penulis) yang menjadi antara penyumbang artikel untuk Majalah Milenia Muslim (MM) keluaran MMP Communications Sdn. Bhd. telah menghadiri Majlis Sepetang Bersama Penulis petang tadi (Sabtu, 6 Oktober 2012, jam 3 hingga 6 petang), bertempat di Best Western Premier Dua Sentral Hotel, Kuala Lumpur. Setakat ini, seramai tujuh orang daripada Ahli ISDEV yang menulis dalam Majalah MM (seorang kolumnis dan enam orang penulis/penyumbang). Alhamdulillah, menurut En. Roslie Zakarya, ISDEV adalah antara penyumbang terbanyak artikel untuk Majalah MM.

Majlis anjuran MM Communications Sdn. Bhd. adalah bertujuan mempereratkan ikatan ukhuwwah dan saling bertukar-tukar pandangan antara pihak MM dengan para penyumbang. Di samping itu, pihak MM juga memberi penerangan tentang sejarah, falsafah, matlamat, dasar, prinsip, visi, misi, fungsi, strategi, hala tuju dan isi kandungan MM. Harapan pihak MM agar misi penyampaian dakwah Islam MM selama 10 tahun ini dapat diteruskan dengan lebih berkesan dan mantap lagi melalui penghasilan artikel-artikel yang berbentuk pemikiran tahap tinggi, bersifat research, pengalaman (learning exsperience) padat (antara 900 hingga 1000 patah perkataan), dan menekankan aspek ekonomi bahasa. Sasarannya adalah untuk mencapai tahap digest

 
En. Roslie Zakarya, Editor Majalah MM Sedang Mengendalikan Sesi Ta'aruf
Penerangan Tentang Halatuju Majalah MM oleh Dr. Saufi Hussain
Gambar Kenang-kenangan Kumpulan Penulis dari ISDEV bersama 
Dato' Jamaluddin Mansor (CEO MMP Communications Sdn. Bhd. 
dan En. Roslie Zakarya (Editor MM)
Gambar Kenang-kenangan Kumpulan Penulis dari ISDEV bersama 
En. Roslie Zakarya dan Puan Norkhairana Pilus (Penolong Editor MM)

Popular posts from this blog

GOLONGAN ANTI HADITH SELEWENGKAN TAFSIRAN AL-QUR'AN

ANAK ‘ISTIMEWA’ ANUGERAH ALLAH UNTUK IBU BAPA ISTIMEWA

MAJALAH DAKWAH: ETIKA PENGGUNAAN INTERNET BERTERASKAN ISLAM