PENYELIAAN SISWAZAH BULANAN ISDEV: KAEDAH KAJIAN ILMIAH
Dalam penyeliaan
siswazah bulanan ISDEV pada 28 September 2012 yang lalu, Prof. Muhammad Syukri
Salleh telah menyampaikan kuliah bertajuk Kaedah
Penulisan Ilmiah. Alhamdulillah, kuliah yang disampaikan oleh Prof.
Muhammad Syukri Salleh ini amat bermanfaat sekali, terutamanya kepada para pelajar
ijazah tinggi ISDEV (RISDEV dan MISDEV).
Antara perkara utama yang
disampaikan oleh Prof. Muhammad Syukri Salleh dalam kuliah beliau tersebut
ialah:
Maksud
Kajian Ilmiah
Kajian ilmiah ialah
‘kajian berstruktur’ (structured research)
yang ditulis oleh ‘sarjana’ untuk 'sarjana-sarjana’ lain. Ia menjawab ‘persoalan
kajian’ berasaskan tajuk yang diminati seseorang yang mencari maklumat
berasaskan fakta (factually-based)
dan dibentang secara objektif (objectively-presented).
Sifat
Kajian Ilmiah
Menurut Prof.
Muhammad Syukri Salleh, kajian ilmiah itu paling tidak mempunyai 8 sifat,
iaitu:
- Kompleks
- Rasmi (Formal)
- Tepat (Precise)
- Objektif
- Tersurat (Explicit)
- Betul (Accurate)
- Lindung Nilai (Hedge) – nyatakan pendirian dengan hujah yang kuat
- Bertanggungjawab (responsible)
Tujuan Kajian Ilmiah
- Membentangkan `pengetahuan baru’ melalui:
- Ulasan apa yang telah diketahui tentang tajuk tersebut
- Menyatakan pandangan atau perspektif baru tentang tajuk tersebut [menjambatani lompang kajian/karya; secara reverse pyschology; di luar stereotype; menentang arus perdana, dll eg Islam vs sekularisme; Islam di Singapura; zakat hapus kemiskinan, wakaf tunai]
- Menjana `school of thought’, eg di ISDEV:
- Pembinaan disiplin ilmu Islam dari acuan tasawur Islam sendiri
- Konsep orang miskin dan kemiskinan
- Kaedah penyelidikan berteraskan Islam
- Sistem Islam untuk kepentingan Islam
- Promosi / KPI
- Komersialisasi [via patent, jurnal?]