KULIAH SUBUH: TIGA SUMPAH RASULULLAH SAW
Alhamdulillah, pagi tadi (Ahad, 27 Januari 2013) saya telah berkesempatan berkongsi sedikit ilmu yang ada dengan ahli-ahli Qariah Masjid Al-Amin, Sungai Dua, Kepala Batas menerusi slot Kuliah Subuh. Dalam Kuliah Subuh kali ini, saya telah menyampaikan sebuah Hadith Rasulullah SAW yang membicarakan tentang “Tiga Sumpah Rasulullah SAW”. Hadith ini bukan setakat membicarakan tentang tiga sumpah Rasulullah SAW, malah turut juga membincangkan tentang “Empat Jenis Golongan Manusia yang Mendiami Bumi”. Pada awal Hadith ini, Nabi SAW bersumpah dengan tiga perkara. Pertama, harta tidak susut atau berkurang dengan sedekah; kedua, Allah SWT akan mengangkat darjat orang yang dizalimi dengan syarat ia menghadapinya dengan penuh kesabaran; dan ketiga, Allah SWT akan membuka ‘pintu kefakiran’ kepada orang yang suka membuka ‘pintu masalah’. Dalam bahagian kedua Hadith ini pula, Nabi SAW menceritakan tentang empat jenis golongan manusia yang mendiami bumi. Pertama, manusia yang berilmu dan ...