KULIAH SUBUH: 7 WASIAT RASULULLAH (SIRI 1)
Seperti biasa, setiap Ahad hujung bulan saya dijemput menyampaikan Kuliah Subuh di Masjid Al-Amin, Sungai Dua, Kepala Batas. Alhamdulillah, pagi tadi (24 Februari 2013) saya telah diizinkan oleh Allah SWT untuk berkongsi ilmu dengan ahli-ahli Qariah Masjid Al-Amin tersebut. Dalam Kuliah Subuh kali ini, saya telah menyampaikan sebuah Hadith Rasulullah SAW yang membicarakan tentang “7 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Zar al-Ghifari”. Meskipun Hadith ini membincangkan tentang 7 wasiat Rasulullah SAW kepada Abu Zar al-Ghifari, namun ia bukan hanya khusus kepada Abu Zar al-Ghifari, malah untuk semua umat Islam. Untuk kuliah bulan ini, perbincangan tertumpu kepada biodata Abu Zar al-Ghifari dan wasiat pertama Rasulullah SAW iaitu perintah supaya mencintai ( hubb ) orang miskin dan sentiasa mendekati mereka. Maksudnya, Islam menganjurkan umatnya berlaku tawadhu ‘ terhadap orang-orang miskin; duduk bersama-sama mereka; menolong mereka; menyelami bebanan yang mereka tanggung dan bersab...