KULIAH SUBUH: 7 WASIAT RASULULLAH (SIRI 2)
Untuk kuliah Subuh bulan ini (Mac), perbincangan tertumpu kepada sambungan Hadith
yang disampaikan pada bulan lepas iaitu Hadith Rasulullah SAW yang membicarakan
7 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Zar al-Ghifari.
Pada bulan lalu (Februari), kuliah ini hanya sempat membincangkan wasiat
pertama Rasulullah SAW iaitu pesanan supaya kita mengasihi dan mendekati
golongan miskin. Pada bulan ini pula, perbincangan diteruskan dengan enam
wasiat Rasulullah SAW yang lain, iaitu wasiat kedua, pesanan supaya melihat
kepada golongan yang berada lebih rendah daripada kita dalam soal mencari
kemewahan dunia (dalam soal ibadah dan perkara-perkara kebaikan kita
dikehendaki melihat kepada golongan yang lebih tinggi daripada kita seperti
para Nabi, pada sahabat, alim ulama dan sebagainya); wasiat ketiga, pesanan
supaya sentiasa menjaga hubungan silaturrahim meskipun orang yang kita
hendaklah jalinkan hubungan silaturrahim dengan mereka itu sentiasa berlaku
kasar kepada kita); wasiat keempat, pesanan supaya perbanyakkan menyebut la
hawla wala quwwata illa billahi (tiada daya dan upaya melainkan Allah SWT);
wasiat kelima, pesanan supaya bercakap benar walaupun pahit kerana bercakap
benar itu merupakan salah satu bentuk jihad; wasiat keenam, pesanan supaya
jangan takut dengan celaan orang dalam berdakwah asalkan perkara yang
disampaikan itu benar; dan wasiat ketujuh, pesanan supaya tidak meminta-minta.
Perbuatan meminta-minta yang tidak didasari dengan keperluan yang mendesak
adalah haram.
Meskipun wasiat atau pesanan ini ditujukan kepada Abu Zar al-Ghifariy r.a.,
tetapi yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW adalah seluruh umatnya termasuk
kita yang hidup pada masa ini. Kuliah kali ini berakhir sekitar jam 8.10 pagi.