PENDEKATAN ISLAMISASI PEMBANGUNAN VS PENDEKATAN PEMBUNGKIHAN AKAR UMBI
Hotel Madani, Medan, Tempat Berlangsungnya ICID-5 Dalam International Conference on Islamic Development ke-VI (ICID -5 ) anjuran Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) Medan, dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang , pada 23 April 201 3 , di Hotel Madani, Medan , Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini, saya diizin Allah SWT untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk Islamisasi Pembangunan di Malaysia: Kes Pendekatan Islam Hadhari . Sebenarnya, kertas kerja ini bertujuan meneliti dan mengkaji proses Islamisasi pembangunan di Malaysia dengan memfokuskan pendekatan Islam Hadhari. Islam Hadhari di sini merupakan satu pendekatan untuk membangunkan tamadun dan peradaban umat yang berteraskan syariat dan landasan Islam . Ia diperkenalkan oleh Abdullah Ahmad Badawi (Tun) semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia kelima. Persoalannya, apaka...