JAWLAH (LAWATAN) SEKITAR BANDAR ANKARA, TURKI

Setelah tiga hari penuh (3-5 Mei) para peserta/pembentang 1st International Syamposium on Rethinking the Qur'an berkampung di Gur Kent Hotel, pada hari ini (6 Mei 2013) penganjur membawa kami  bersiar-siar di sekitar Ankara. Dua buah bas disediakan oleh penganjur bagi tujuan tersebut. Sebenarnya Ankara agak berbeza dengan Istanbul. Ankara ialah pusat pentadbiran Kerajaan Turki, manakala Istanbul lebih dikenali sebagai tempat pelancongan. Oleh itu, Ankara tidak mempunyai banyak tempat menarik seperti di Istanbul. Jadi para peserta/pembentang hanya dibawa bersiar-siar melihat keindahan Bandar Ankara yang bersih dan tersusun. Menariknya, bentuk muka bumi Bandar Ankara ini adalah berbukit-bukau. Di lereng-lereng bukit penuh dengan kediaman penduduk di sini (Ankara).

Di Hadapan Gur Kent Hotel, Tempat Simposium Diadakan
Salah Sebuah Bas yang Disediakan Penganjur
Perjalanan Bermula
Di Hadapan Bangunan Parlimen Kerjaan Turki
Kawasan Riadah Terbesar dan Tercantik di Ankara
Bersama Rakan-rakan Pembentang (Iran, Pakistan dan Arab Saudi)
Pintu Masuk ke Ankara Universiti
Banyak Patung Sebegini Dalam Bandar Ankara
Maqam Haci Bayram Seorang Ahli Sufi
Bersama Prof. Oliver Leaman dari University of Kentucky Semasa Makan Tengahari
Bersama Datuk Bandar Ankara, Kamil Kilic
Dalam Kedai Cenderamata Ulus Galeri di Ankara Kelesi
Tukang Ukir Sedang Menyiapkan Cenderamata
Bersama Prof. Werner G Jeanrond dari University of Oxford. Beliau Pakar dalam Bidang Theological Hermeneutics.
Prof. Halil Rahman Acar ialah orang penting dalam Simposium ini


Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada Simposium ini diberkati oleh Allah SWT. Perjuangan akan diteruskan InsyaAllah.

Popular posts from this blog

GOLONGAN ANTI HADITH SELEWENGKAN TAFSIRAN AL-QUR'AN

ANAK ‘ISTIMEWA’ ANUGERAH ALLAH UNTUK IBU BAPA ISTIMEWA

MAJALAH DAKWAH: ETIKA PENGGUNAAN INTERNET BERTERASKAN ISLAM