FISRT INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON RETHINKING THE QURAN

Bermula pada 2 hingga 8 Mei 2013 saya diizinkan oleh Allah SWT untuk menyertai dan membentangkan kertas kerja di 1st International Symposium on Rethinking the Qur'an. Simposium ini dianjurkan oleh Research Institute for Philosophical Foundation of Disciplines bertempat di Gur Kent Hotel, Ankara, Turki. Ia bertemakan "Quranic Worldview". Selain pembentangan kertas kerja, semua pembentang/peserta dibawa melawat sekitar Ankara pada 6 Mei 2013. Semua peserta yang hadir ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Para peserta Simposium ini terdiri daripada ahli-ahli akademik dari pelbagai negara. Antaranya Lubnan, Mesir, Gambia, Palestin, Arab Saudi (Mekah & Madinah), Yaman, Jazair, Iran, Iraq, Pakistan, Bangladesh, Canada, USA, Australia, Cape Town, Azerbaijan, Belanda, Chittagong, Scotland, dan Malaysia.  

Simposium ini turut disertai oleh beberapa tokoh akademik dunia seperti Prof. Andrew Rippin dari University of Victoria, Canada; Prof. Ziauddin Sardar dari London dan Prof. Oliver Leaman dari University of Kentucky, USA.

Gambar bersama Ustaz Mohd Sahfrizal Suami Ustazah Norzulaili Mohd Ghazali dari USIM
Suasana Semasa Pendaftaran Peserta
Aspendos Hall Dewan Utama Simposium
Opening Paper (I) oleh Prof. Andrew Rippin yang Bertajuk "On Contemporary Scholarly Reading of the Qur'an"
Opening Paper (II) oleh Prof. Mustansir Mir (Youngstown State University, USA) yang Bertajuk "Coherance, Context, and Continuity in the Qur'an"
Gambar Bersama Prof. Ziauddin Sardar
Gambar Bersama Prof. Alparslan Acikgence
Gambar Bersama Dr. El-Hagi Manta Drammah dari Al-Maktoum College, Scotland
Makan Malam di Restoran Kecioren Belendiyesi

Popular posts from this blog

GOLONGAN ANTI HADITH SELEWENGKAN TAFSIRAN AL-QUR'AN

ANAK ‘ISTIMEWA’ ANUGERAH ALLAH UNTUK IBU BAPA ISTIMEWA