Mohd Shukri
Hanapi (2015). “Salah Tanggapan Terhadap Hudud dan Qisas”, Dewan Tamadun Islam, Mei, Bil. 05, ISSN 2289-2893. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hlm. 50-52.
Anak merupakan hadiah dan amanah Allah SWT kepada setiap pasangan suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Boleh dikatakan setiap suami isteri ingin memiliki cahayamata hasil daripada perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun tidak semua suami isteri itu memperoleh hadiah Allah SWT ini. Bagi suami isteri yang dihadiahkan anak oleh Allah SWT, mereka hendaklah menerima hadiah Allah SWT tersebut dengan penuh rasa bertanggungjawab dan beramanah. Hal ini tidak kira sama ada anak yang diperoleh itu adalah anak yang sempurna ataupun anak yang digolongkan dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Kehidupan suami isteri yang dianugerahkan anak yang sempurna adalah berbeza dengan kehidupan suami isteri yang dianugerahkan anak OKU. Ujian suami isteri yang dikurniakan anak sempurna lebih ringan berbanding pasangan suami isteri yang dianugerahkan anak OKU. Kehidupan mereka sudah tentu penuh dengan ujian dan dugaan hidup yang pelbagai ragam. Dalam hal ini. mereka perlu sabar...
Komunikasi merupakan salah satu dari aspek terpenting dalam kehidupan manusia. Melalui komunikasi, sesuatu mesej, berita atau maklumat dapat disebarkan atau disampaikan. Kini, komunikasi bukan sahaja berlaku secara lisan, malah ia boleh juga berlaku melalui penggunaan internet. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi arus perdana menjadikannya sebagai satu wasilah dalam penyebaran maklumat. Penggunaan teknologi internet menerusi world wide web (www) dan komponennya seperti blog , e-mel , facebook , twitter dan IRC memudahkan seseorang pengguna untuk berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Ia dapat dilakukan dengan cepat dan pantas serta menjimatkan masa dan wang. Penciptaan alat komunikasi melalui internet ini mempunyai banyak faedah jika ia digunakan dengan baik dan betul. Para pengguna sendiri perlu beretika, berdisiplin, mematuhi peraturan dan bertanggungjawab agar kemajuan itu tidak disalahgunakan, terutamanya untuk m...