Posts

Showing posts from August, 2012

PELANCARAN BUKU "DILEMA UMMAH DI MALAYSIA"

Image
Buku Dilema Ummah di Malaysia yang disunting oleh Profesor Muhammad Syukri Salleh, Pengarah, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) telah dilancarkan secara rasminya pada hari pertama (29 Ogos 2012) The 6Tth ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2012). Pelancaran buku yang diterbitkan oleh Penerbit UKM ini dibuat sebaik sahaja Profesor Muhammad Syukri Salleh menyampaikan Keynote Address yang bertajuk "Conceptualizing Islamic Human Development Management".

JANGAN BERCAKAP TENTANG HUDUD JIKA TIADA ILMU

Image
Berita Harian, Ahad, 2 September 2012, hlm.29. Artikel ini berasal daripada artikel saya yang bertajuk "Jangan Bercakap Tentang Hudud Jika Tiada Ilmu" yang disiarkan dalam blog ini baru-baru ini. Kebelakangan ini terdapat ramai pihak yang membincangkan tentang Undang-undang Jenayah Syariah, terutamanya hudud. Jika diperhatikan, pihak yang membincangkan tentang hudud ini boleh dibahagikan kepada empat kategori. Pertama, golongan ilmuwan Islam; kedua, golongan Islam yang tahu tentang hudud, tetapi terlalu cetek; ketiga, golongan Islam yang langsung tidak faham apa itu hudud; dan keempat, golongan bukan Islam yang cuba bercakap tentang hudud. Jika isu hudud ini dibincangkan oleh golongan ilmuwan Islam yang benar-benar mempunyai ilmu tentangnya, ia tidaklah membimbangkan. Apa yang membimbangkan sekarang ini adalah apabila isu hudud ini dibincangkan oleh golongan yang kurang ilmu tentangnya. Lebih membimbangkan lagi apabila ia cuba dibincangkan oleh golongan Islam yang ti...

MEMANJAT TANGGA AKADEMIK MELALUI JALAN BELAKANG

Oleh: Lee Tze Yan Penulis amat tertarik dengan kupasan artikel Mohd. Shukri Hanapi, berjudul “Amalan Menumpang Nama” dalam Dewan Masyarakat keluaran Oktober 2011. Penulis amat bersetuju dengan apa-apa yang cuba diketengahkan oleh beliau menerusi artikelnya. Pada pendapat penulis, implikasi amalan menumpang nama sebenarnya sama teruknya dengan kegiatan memplagiat ataupun meniru. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-duanya melibatkan unsur penipuan secara tidak langsung.  Plagiat jelas merupakan satu unsur penipuan kerana meniru dan menyalin idea orang lain secara bulat-bulat tanpa memberikan sebarang petikan atau pengiktirafan kepada penulis asal. Menumpang nama juga tergolong dalam penipuan kerana ahli akademik memperoleh sesuatu pengiktirafan meskipun mereka langsung tidak terlibat sama sekali dalam apa-apa jua bentuk sumbangan dalam sesuatu penyelidikan ataupun proses penerbitan jurnal. Sekiranya dikaji secara mendalam, banyak faktor yang menyumbang kepada berlel...

AIDILFITRI DISAMBUT DENGAN UCAPAN TAKBIR DAN TAHMID

Image
Esok umat Islam (di Malaysia khususnya) akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Allah SWT telah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang-orang yang beriman. Kita perlu merasai hakikat nikmat Allah SWT yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini. Kegembiraan berhari raya itu bukanlah diukur dan bergantung kepada kehebatan pakaian atau hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya itu, tetapi ia terletak kepada sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang itu. Dengan ketinggian ketakwaan dan keimanan itulah kedatangan Aidilfitri disambut dengan ucapan takbir dan tahmid. Takbir dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari raya itu mengandungi dua makna; pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia dan kedua, menunjukkan kesedihan di atas pemergian bulan Ramadan al-Mubarak.  Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada saya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati dan ...

HM-VARIASI AD-DIN: KEMBALI KEPADA FITRAH

Image
Esok Ramadan bakal sampai tiba ke penghujungnya. Ramadan ternyata memberi kebahagiaan, di dalamnya ada kedamaian malah jiwa kita begitu dekat kepada Maha Pencipta. Berdoalah selalu semoga Allah mempertemukan kita Ramadan akan datang. Ganjaran pahala yang Allah tawarkan pada bulan ini tidak mungkin ditemui di bulan lain ( Sedikit perkongsian ilmu daripada saya dalam Harian Metro, Variasi, Ad-Din ). Harian Metro, Variasi (Ad-Din), Jumaat, 17 Ogos 2012, hlm V3-4

KPI TARBIAH RAMADAN

Image
Kini umat Islam sudah berada dalam fasa terakhir Ramadan. Eloklah kiranya mereka bermuhasabah apakah dengan menjalani ibadah puasa Ramadan itu mereka dapat merasai kesan tarbiahnya? Jika mereka merasakan sudah dapat merasai kesannya, apakah pula kesannya itu? ( Selanjutnya lihat dalam artikel saya di bawah )  Berita Harian, Selasa, 14 Ogos 2012, hlm. 41

IHYA RAMADAN: BERMAIN MERCUN .....

Image
Meskipun mercun sudah diwartakan sebagai bahan larangan menerusi Akta Bahan Letupan 1957, namun ia masih tetap dijual, dibeli dan dimainkan oleh segelintir umat Islam yang tidak bertanggungjawab. Implikasi daripada itu, kes-kes kecederaan akibat bermain mercun terus-menerus berlaku. Ada yang dilaporkan putus jari, buta sebelah mata, putus telinga, rumah terbakar dan sebagainya. Sebenarnya, bermain mercun bukan saja diharamkan melalui peruntukan undang-undang sedia ada, malah dalam agama Islam pun ia diharamkan. Paling tidak, terdapat tiga sebab utama kenapa bermain mercun itu diharamkan dalam Islam? ( Selanjutnya lihat dalam artikel saya di bawah ) Utusan Malaysia (Mega), Khamis, 16 Ogos 2012, hlm.20

KAEDAH P&P ISDEV: KAEDAH ‘MERENTAS SEMPADAN’

Dimaksudkan dengan kaedah P&P ‘merentas sempadan’ ini ialah kaedah pendidikan PBI di ISDEV yang tidak terhad sekadar memberi syarahan di dalam bilik-bilik kuliah sahaja. Di ISDEV kaedah P&P yang berbentuk ‘merentas sempadan’ ini sering digunakan. Selain menggunakan kaedah syarahan di dalam bilik-bilik kuliah, para pengajar di ISDEV menggunakan juga kaedah-kaedah lain yang di luar sempadan kuliah dalam penyampaian ilmu. Antaranya termasuklah al-kitabah (penulisan), al-mu‘tamar (seminar dan bengkel), ijtima‘iyyah al-syahriyyah (penyeliaan bulanan secara berkumpulan), al-suhbah (bersahabat), al-rihlah (bersiar-siar), ekspedisi akademik al-tafakkur dan al-tadabbur alam , al-hiwar (dialog), al-munaqasyah (perbincangan), al-nasihah (nasihat) dan sebagainya.  Di ISDEV para pelajar dididik supaya menulis ( al-kitabah ) dan membentangkan kertas kerja di seminar-seminar dan di bengkel-bengkel ( al-mu‘tamar ) sama ada di dalam dan di luar negara. Setakat ini setiap pelaj...

TAZKIRAH RAMADAN: ISU MERCUN

Image
Artikel ini ditulis bagi memperbetulkan tasawur masyarakat Islam mengenai isu mercun. Jika isu mercun ini sudah jelas salah di sisi undang-undang yang sedia ada, tetapi bagaimanakah pula dengan hukum agama? Adakah undang-undang yang digubal berkaitan isu mercun ini selari dengan kehendak syarak? Harian Metro, Jumaat, 3 Ogos 2012, hlm. V21