AIDILFITRI DISAMBUT DENGAN UCAPAN TAKBIR DAN TAHMID
Esok umat Islam (di Malaysia khususnya) akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Allah SWT telah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang-orang yang beriman. Kita perlu merasai hakikat nikmat Allah SWT yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.
Kegembiraan
berhari raya itu bukanlah diukur dan bergantung kepada kehebatan pakaian atau
hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya itu, tetapi ia terletak kepada
sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang itu.
Dengan ketinggian
ketakwaan dan keimanan itulah kedatangan Aidilfitri disambut dengan ucapan
takbir dan tahmid. Takbir dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari
raya itu mengandungi dua makna; pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia
dan kedua, menunjukkan kesedihan di atas pemergian bulan Ramadan al-Mubarak.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada saya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada saya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT.