Posts

Showing posts from July, 2012

TAZKIRAH RAMADAN: LONGLAI LALUI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Image
HAMPIR setiap kali tibanya Ramadan, setiap umat Islam dituntut untuk melakukan persediaan bagi menempuh suasana Ramadan selama sebulan. Namun seperti biasa, pada malam-malam awal Ramadan, masjid dan surau cukup meriah. Ramai yang datang untuk menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah, menyertai tadarus al-Quran dan sebagainya. Tidak perlu menunggu fasa terakhir Ramadan, kemeriahan itu semakin beransur-ansur suram pada pertengahan Ramadan. Ia bertambah suram lagi menjelang malam-malam terakhir Ramadan. Dengan kata lain, semakin meningkatnya hari-hari dalam bulan Ramadan, semakin berkuranglah para jemaah di rumah-rumah Allah SWT. Jika ditanyakan kepada golongan ini kenapa mereka tidak ke masjid atau surau, maka berbagai-bagai alasan yang diberikan. Misalnya, penat bekerja, imam membaca surah-surah yang terlalu panjang, di rumah pun boleh solat, menjaga anak kerana isteri sibuk membuat persiapan raya, ingin membuat kuih raya, baju raya dan sebagainya. ( Selanjutnya lihat da

PARADIGMA TAUHID SEBAGAI TUNJANG SISTEM KEPIMPINAN ISLAM

Image
Berita Harian, 4 Mac 2012 (Ahad), hlm. 38

PEMESONGAN POLITIK DAKWAH

Image
Artikel Dr. Warjio (Ahli Penyelidik Projek RUT ISDEV-USM) yang disiarkan dalam Majalah Milenia Muslim, Bil. 120, Ogos 2012, hlm.52

QAWWARAH: KOMERSIALISASI AKADEMIK

Image
Artikel Profesor Muhammad Syukri Salleh (Pengarah ISDEV) yang disiarkan dalam Majalah Milenia Muslim, Bil. 120, Ogos 2012, hlm.74-75. PANDUAN: Kepada para pengunjung yang berminat untuk membaca mana-mana artikel yang dimuatkan dalam blog ini dengan jelas, sila letakkan mouse anda pada artikel yang berkaitan, kemudian klikkan button sebelah kanan mouse anda itu. Setelah itu, akan dipaparkan satu senarai arahan. Anda dikehendaki memilih "SAVE IMAGE AS". Apabila sesebuah artikel itu telah dimuat turun dan disimpan dalam PC atau laptop anda, InsyaAllah ia akan dapat dibaca dengan jelas. Cuma anda perlu perbesarkan image sahaja. Selamat membaca.

TAZKIRAH RAMADAN: BIAR BERSEDERHANA BUKA PUASA, SAMBUT RAYA

Image
Berita Harian, 22 Julai 2012, hlm. 37

SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU DALAM HARIAN METRO (TEMU BUAL)

Image
"Bulan Puasa Datang Lagi", Harian Metro (Ad-din-Variasi), 20 Julai 2012 (Jumaat), hlm. V4 "Nabi Benci Manusia Tak Kahwin", Harian Metro (Ad-din-Variasi), 29 Jun 2012 (Jumaat), hlm. V4

ISLAMOFOBIA

Image
Berita Harian, 29 September 2010, hlm. 29

[5] KAEDAH P&P ISDEV: MENYEPADUKAN ILMU FARDU ‘AIN DENGAN ILMU FARDU KIFAYAH DAN ILMU DARURI DENGAN ILMU NAZARI

Image
ISDEV-USM Untuk melahirkan sebuah tamadun yang harmoni dan sejahtera, pengajar dan pelajar tidak boleh meninggalkan P&P kedua-dua ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Daripada kedua-dua ilmu ini, yang paling penting ialah ilmu fardu ain. Tunjang kepada ilmu fardhu ain ini ialah tauhid (Muhammad Syukri Salleh, 2002:26). Oleh kerana PBI mesti dicorakkan oleh tasawur Islam, dan bukan pembangunan yang mencorakkan Islam, maka intipati ilmu tauhid ini pula mestilah disepadukan dengan ilmu-ilmu fardu ain yang lain, yakni fekah dan akhlak (Muhammad Syukri Salleh, 2002:27 & 2003:31). Kalau ilmu tauhid menekankan soal-soal akidah sebagai tunjang kepada keimanan dan segala ilmu, maka ilmu fekah pula menekankan kepada tatacara melaksanakan syariat, dan ilmu akhlak lebih kepada aspek-aspek pembentukan akhlak (Yatimah Sarmani dan Mohd Tajudin Mingal, 2011:45). Ketiga-tiga ilmu fardu ain inilah yang pertama-tamanya mesti diajar kepada pelajar-pelajar PBI di ISDEV. Ia adalah ilmu tu

[4] KAEDAH P&P ISDEV: PENYUCIAN JIWA (TAZKIYAH AL-NAFS)

Image
ISDEV-USM Bagi tercapainya kaedah P&P dari hati ke hati sebagaimana yang dibincangkan dalam post yang terdahulu, hati perlu disucikan terlebih dahulu. Imam al-Ghazali mengatakan hati yang bersih dapat meningkatkan martabat manusia alam kehidupan dunia dan akhirat. Dengan hati manusia dapat mengenal Allah SWT (Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Mingal, 2011:25). Oleh itu, pengajar dan pelajar di ISDEV seboleh mungkin dididik menjaga hati supaya ia tidak dikotori oleh sifat-sifat mazmumah . Menurut Muhammad Syukri Salleh (2002:72), manusia dibentuk oleh empat komponen utama iaitu hati, roh, nafsu dan akal. Kesepaduan daripada keempat-empat komponen inilah yang dapat mengawal nafsu atau kemahuan manusia yang tidak terhad. Menurut beliau lagi, seseorang Muslim mesti mempertahankan hatinya sebagai raja dalam diri, agar nafsu jahat yang dikenali sebagai nafsu ‘ammarah tidak menguasai komponen-komponen lain dalam diri manusia. Manusia mesti berusaha menjalankan tarbiyyah (pend

BEZA TASAWUR PEMBANGUNAN ISLAM DAN TASAWUR LAZIM

Image
Berita Harian, Rabu, 18 Jun 2012, hlm. N6

[3] KAEDAH P&P ISDEV: MENYEPADUKAN AKAL DENGAN HATI DAN ILMU DENGAN AMAL

Image
ISDEV, PPSK, USM Usaha pencarian dan penyampaian ilmu dengan hanya menggunakan akal semata-mata adalah tidak memadai dan tidak mungkin ia dapat disempurnakan. Akal dan pancaindera yang lain mempunyai batas-batas kemampuannya. Oleh itu, bagi menyempurnakan pencarian dan penyampaian ilmu PBI, dalil-dalil ‘aqli ini mesti digabungkan dengan dalil-dalil naqli . Dalil-dalil naqli pula tidak boleh difahami melalui ilmu daruri , sebaliknya ia mesti difahami dengan menggunakan ilmu nazari . Begitu pula dengan ilmu nazari , ia tidak boleh difahami dengan akal, sebaliknya hanya boleh difahami dengan hati (Muhammad Syukri Salleh, 2001:25 & 2003:26). Oleh sebab itu, kaedah P&P PBI di ISDEV ini tidak hanya tertumpu kepada penggunaan akal, tetapi juga penggunaan hati (Muhammad Syukri Salleh, 2001:25 & 2003:26). Pandangan Muhammad Syukri Salleh (2001 & 2003) ini dikukuhkan lagi oleh pandangan Yatimah Sarmani dan Mohd Tajudin Mingal (2011:26). Menurut mereka, ilmu yang mem

TASAWUR MASYARAKAT MELAYU

Image
Berita Harian , Rabu, 6 Jun 2012, hlm. N6.

[2] HUBUNGAN GURU-PELAJAR DALAM STRUKTUR ORGANISASI ISDEV

Image
ISDEV Seperti institusi-institusi lain, ISDEV juga mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri. Struktur organisasi ISDEV ini dinamakan Majlis Syura. Ia terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ahli-Ahli Majlis Syura ISDEV. Semuanya seramai enam orang. Mereka yang terlibat dalam Majlis Syura ISDEV ini adalah terdiri dari kalangan para pensyarah ISDEV yang mempunyai bidang kepakaran yang pelbagai. Di samping itu, ISDEV juga mempunyai tiga orang kakitangan sokongan yang ditugaskan membantu kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan di ISDEV. Meskipun ISDEV mempunyai struktur organisasi yang sedemikian rupa, ia tidak bermakna wujud jurang dalam perhubungan antara guru-guru dengan para pelajar di ISDEV. Sebaliknya, hubungan guru-pelajar itu sangat ditekankan. Maksudnya, di ISDEV hubungan guru-pelajar tidak hanya terhad sekadar penyampaian dan penerimaan ilmu di bilik-bilik kuliah sahaja, malah guru-guru di ISDEV kadangkala boleh berperanan bagaikan seorang ayah/ibu, adi

[1] ISDEV DAN KAEDAH PENDIDIKAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM: SATU PENGENALAN

Image
ISDEV Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam ( Centre for Islamic Development Management Studies , ISDEV) terletak di bawah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1995 dengan nama International Project on Islamic Political Economy (IPIPE). Idea penubuhannya dicetuskan oleh Profesor Muhammad Syukri Salleh yang berjuang memperkenalkan ilmu Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) di tengah-tengah perkembangan ilmu pembangunan lazim seperti kapitalisme, sosialisme dan Marxisme. Kemudiannya pada tahun 1997 IPIPE ditukar nama menjadi Projek Pengurusan Pembangunan Islam ( Islamic Development Management Project , IDMP). Oleh kerana IDMP (ketika itu) aktif menganjurkan program-program akademik, seperti penawaran dan pengajaran kursus-kursus berkaitan bidang Pengurusan Pembangunan Islam; menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa; menganjurkan wacana

BUKU "MEMBONGKAR RAHSIA PENDIDIKAN ISLAM"

Image
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam (2012) merupakan sebuah buku yang diterbitkan secara kerjasama antara Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dengan Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM). Buku ini adalah kompilasi 150 buah penulisan akademik oleh para intelektual Borneo dan sekitarnya. Hasil karya ilmiah ini merungkai beberapa aspek seperti pendidikan Islam, khazanah manuskrip ulama silam, perbahasan halal, perundangan Islam, syariah, ibadah, akidah, dan kajian isu semasa ummah. Daripada 150 buah penulisan akademik tersebut, 4 buah daripadanya adalah hasil penulisan ahli-ahli ISDEV. Pertama, penulisan Prof. Muhammad Syukri Salleh yang bertajuk Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam: Satu Cadangan Teoretis Untuk Melayu Islam Beraja (MIB) Di Negara Brunei Darussalam (hlm. 173-178); kedua, penulisan Dr. Zahri Hamat yang bertajuk Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dan Perakaunan Zakat Harta Dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin (hlm. 41-46); ketiga, penulisan Dr. Fad

BERJANJI BIARLAH BERPADA

Image
Artikel ini membincangkan tentang persoalan janji. Dalam kehidupan masyarakat hari ini, ada orang yang petah bercakap, manis di bibir menabur seribu janji. Mereka tidak segan silu menabur pelbagai janji tanpa memikirkan sama ada janji yang ditaburkan itu mampu dipenuhi atau tidak. Malah, lebih mendukacitakan apabila ada orang yang sanggup bertopengkan kejujuran dan menggadai amanah dengan menabur janji demi janji hanya untuk menjaga kepentingan dan kedudukannya. Soal janji ini akan semakin kedengaran lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihanraya. Tidak kira apa jua pun tujuan janji yang ditabur itu, ia adalah suatu amanah yang wajib ditepati dan dipenuhi. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “ Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah segala perjanjian (yang kamu buat) ” (Surah al-Ma’idah ayat 1). Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT mengenai janji yang dibuat. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Penuhilah janji itu, sebab janji itu aka

PARADIGMA TAUHID TUNJANG PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

Image
Alhamdulillah sebuah artikel saya yang bertajuk Paradigma Tauhid Tunjang Pembangunan Berteraskan Islam telah disiarkan dalam Majalah Dakwah terbitan YADIM, isu 13 Mei-12 Jun, hlm. 29-31. Secara ringkasnya, artikel ini membincangkan tentang paradigma tauhid yang menjadi elemen utama dalam tasawur Islam. Apabila ia difahami dengan jelas dan diterapkan dalam pembangunan berteraskan Islam, ia akan membawa kepada penghayatan Islam. Begitulah juga dengan segala perubahan yang berlaku dalam pembangunan berteraskan Islam, ia akan menjurus kepada penghayatan Islam. Dalam hal ini, tauhid wajib diterapkan dalam semua aktiviti kehidupan manusia termasuk bidang pembangunan. Untuk itu, pelaku pembangunan berteraskan Islam wajibkan mencorakkan kehidupan diri, masyarakat dan negara mengikut konsep tauhid. Pengabdian diri kepada Allah s.w.t. dalam pembangunan berteraskan Islam adalah bertujuan memandu seseorang pelaku pembangunan ke arah mencapai kecemerlangan yang mutlak dan berkekalan.

TAUHID SEBAGAI ASAS PEMBANGUNAN ISLAM

Image
  Alhamdulillah, pada 30 Mac 2012 yang lalu sebuah artikel saya iaitu Tauhid Sebagai Asas Pembangunan Islam telah diterbitkan dalam Akhbar Waspada , Medan, Indonesia. Secara ringkasnya artikel ini membincangkan tentang kedudukan Akidah Tauhid dalam pembangunan berteraskan Islam.