PARADIGMA TAUHID TUNJANG PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM
Alhamdulillah sebuah artikel saya yang bertajuk Paradigma Tauhid Tunjang Pembangunan Berteraskan Islam telah disiarkan dalam Majalah Dakwah terbitan YADIM, isu 13 Mei-12 Jun, hlm. 29-31.
Secara ringkasnya, artikel ini membincangkan tentang paradigma
tauhid yang menjadi elemen utama dalam tasawur Islam. Apabila ia difahami dengan jelas dan diterapkan dalam pembangunan
berteraskan Islam, ia akan membawa kepada penghayatan Islam. Begitulah juga
dengan segala perubahan yang berlaku dalam pembangunan berteraskan Islam, ia
akan menjurus kepada penghayatan Islam.
Dalam hal ini, tauhid
wajib diterapkan dalam semua aktiviti kehidupan manusia termasuk bidang
pembangunan. Untuk itu, pelaku pembangunan berteraskan Islam wajibkan
mencorakkan kehidupan diri, masyarakat dan negara mengikut konsep tauhid.
Pengabdian diri kepada Allah s.w.t. dalam pembangunan berteraskan Islam adalah
bertujuan memandu seseorang pelaku pembangunan ke arah mencapai kecemerlangan
yang mutlak dan berkekalan.
Sebenarnya konsep
tauhid mengikat pelaku pembangunan berteraskan Islam dengan hakikat iman, ilmu
dan amal. Tauhid menekankan ketaatan kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
sebagai nilai utama yang mengatasi segala nilai lain diwujudkan dalam sistem
organisasi pembangunan berteraskan Islam. Ia memberikan implikasi bahawa setiap
usaha pembangunan adalah untuk kebaikan manusia dengan matlamat mendapat
keredhaan Allah s.w.t. Wallahua'lam