TAZKIRAH RAMADAN: LONGLAI LALUI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN
HAMPIR setiap kali
tibanya Ramadan, setiap umat Islam dituntut untuk melakukan persediaan bagi
menempuh suasana Ramadan selama sebulan. Namun seperti biasa, pada malam-malam
awal Ramadan, masjid dan surau cukup meriah. Ramai yang datang untuk menunaikan
solat sunat Tarawih secara berjemaah, menyertai tadarus al-Quran dan
sebagainya.
Tidak perlu menunggu
fasa terakhir Ramadan, kemeriahan itu semakin beransur-ansur suram pada
pertengahan Ramadan. Ia bertambah suram lagi menjelang malam-malam terakhir Ramadan.
Dengan kata lain, semakin meningkatnya hari-hari dalam bulan Ramadan, semakin
berkuranglah para jemaah di rumah-rumah Allah SWT.
Jika ditanyakan
kepada golongan ini kenapa mereka tidak ke masjid atau surau, maka
berbagai-bagai alasan yang diberikan. Misalnya, penat bekerja, imam membaca
surah-surah yang terlalu panjang, di rumah pun boleh solat, menjaga anak kerana
isteri sibuk membuat persiapan raya, ingin membuat kuih raya, baju raya dan
sebagainya. (Selanjutnya lihat dalam artikel di
bawah)
Berita Harian, Selasa, 31 Julai 2012, hlm. 34 |