BERJANJI BIARLAH BERPADA


Artikel ini membincangkan tentang persoalan janji. Dalam kehidupan masyarakat hari ini, ada orang yang petah bercakap, manis di bibir menabur seribu janji. Mereka tidak segan silu menabur pelbagai janji tanpa memikirkan sama ada janji yang ditaburkan itu mampu dipenuhi atau tidak. Malah, lebih mendukacitakan apabila ada orang yang sanggup bertopengkan kejujuran dan menggadai amanah dengan menabur janji demi janji hanya untuk menjaga kepentingan dan kedudukannya. Soal janji ini akan semakin kedengaran lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihanraya. Tidak kira apa jua pun tujuan janji yang ditabur itu, ia adalah suatu amanah yang wajib ditepati dan dipenuhi. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah segala perjanjian (yang kamu buat)” (Surah al-Ma’idah ayat 1). Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT mengenai janji yang dibuat. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Penuhilah janji itu, sebab janji itu akan ditanyakan.” (Surah al-Isra’ ayat 34).

Popular posts from this blog

GOLONGAN ANTI HADITH SELEWENGKAN TAFSIRAN AL-QUR'AN

ANAK ‘ISTIMEWA’ ANUGERAH ALLAH UNTUK IBU BAPA ISTIMEWA