BUKU "MEMBONGKAR RAHSIA PENDIDIKAN ISLAM"


Membongkar Rahsia Pendidikan Islam (2012) merupakan sebuah buku yang diterbitkan secara kerjasama antara Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dengan Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM). Buku ini adalah kompilasi 150 buah penulisan akademik oleh para intelektual Borneo dan sekitarnya. Hasil karya ilmiah ini merungkai beberapa aspek seperti pendidikan Islam, khazanah manuskrip ulama silam, perbahasan halal, perundangan Islam, syariah, ibadah, akidah, dan kajian isu semasa ummah.

Daripada 150 buah penulisan akademik tersebut, 4 buah daripadanya adalah hasil penulisan ahli-ahli ISDEV. Pertama, penulisan Prof. Muhammad Syukri Salleh yang bertajuk Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam: Satu Cadangan Teoretis Untuk Melayu Islam Beraja (MIB) Di Negara Brunei Darussalam (hlm. 173-178); kedua, penulisan Dr. Zahri Hamat yang bertajuk Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dan Perakaunan Zakat Harta Dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin (hlm. 41-46); ketiga, penulisan Dr. Fadzila Azni Ahmad yang bertajuk Model Pengurusan Institusi Pembangunan Islam Nusantara (hlm. 713-723); dan keempat, penulisan saya sendiri yang bertajuk Pendidikan Pembangunan Islami Untuk Borneo: Pengalaman Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (hlm. 153-160).

Popular posts from this blog

GOLONGAN ANTI HADITH SELEWENGKAN TAFSIRAN AL-QUR'AN

ANAK ‘ISTIMEWA’ ANUGERAH ALLAH UNTUK IBU BAPA ISTIMEWA